Page 111 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 111

Lawatan Audit Pembaharuan Persijilan ISO 9001:2015 SPK CIAST oleh LRQA telah berlangsung selama tiga
          (3) hari bermula 6 November 2023 hingga 8 November 2023 di CIAST, Shah Alam. Lawatan pengauditan ini
          bertujuan verifikasi pematuhan bagi pembaharuan persijilan yang tamat pada 14 Februari 2024. Pasukan
          Juruaudit LRQA diketuai oleh En. Frederick Low bersama-sama pasukan audit LRQA iaitu En. Ramli
          bin Mohd Daud. Pasukan juruaudit LRQA telah membuat pengauditan bagi kesemua elemen merujuk
          keperluan persijilan bagi standard ISO 9001:2015 serta proses-proses yang terlibat dalam skop persijilan.

          Hasil pengauditan membuktikan CIAST berjaya memperoleh prestasi cemerlang dalam pematuhan
          kesemua  keperluan  piawaian  standard  yang  ditetapkan  tanpa  sebarang  ketidakpatuhan  dan  OFI.
          Seterusnya CIAST telah berjaya dipersijilkan semula bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 9 November 2023
          hingga 8 November 2026.






















                          Sesi Pengauditan Audit LRQA di Bilik Mesyuarat Terbilang, CIAST
          Pelaksanaan SPK CIAST yang cemerlang serta penambahbaikan berterusan berupaya menjana
          perkhidmatan berkualiti  yang konsisten dan berkesan dalam pemberian perkhidmatan yang
          memenuhi keperluan pelanggan.


          PEMBANGUNAN, PENYELENGGARAAN DAN INFRASTRUKTUR


          Penyelenggaraan Infrastruktur Rangkaian dan Operasi

          Seiring dengan komitmen untuk menyediakan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
          yang canggih dan berkualiti di CIAST, unit Infrastruktur Rangkaian dan Operasi telah dipertanggungjawab
          untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang signifikan pada tahun 2023. Bagi memastikan penyampaian
          perkhidmatan  terutamanya sesi pengajaran dan pembelajaran di CIAST dapat dilaksanakan  dengan
          lebih berkesan dan lancar tanpa gangguan yang berpunca daripada masalah infrastruktur rangkaian,
          pelbagai aktiviti penyelenggaraan secara berkala telah dilaksanakan seperti berikut:

              ●  Penyelenggaraan rangkaian CIAST
              ●  Penyelenggaraan antivirus
              ●  Kerja-kerja penyelenggaraan Uninterruptible Power Supply (UPS)  di bilik server CIAST
              ●  Penggantian switch network dan penambahan access point
              ●  Perolehan langganan talian internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
              ●  Migrasi TVET Instructor eProfiling System (TiPS) ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA)

                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 109
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116