Page 113 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 113
Jadual 30: Pengurusan Sistem Aplikasi yang dibangunkan oleh Unit Infrastruktur Sistem
BIL. PERKARA DATA
Aplikasi sistem untuk menganalisa potensi dan kompetensi Pengajar TVET
serta latihan yang diperlukan untuk menutup jurang kemahiran dengan 6
TVET
Instructor modul asas.
1
Profiling Penggunaan melibatkan 18 agensi Awam dan 170 pusat bertauliah swasta.
System
760 bidang telah didaftarkan dan hanya 645 aktif digunakan. Sebanyak 3,133
kursus telah berjaya dijalankan melalui sistem ini.
Sistem pengurusan pelajar CIAST bermula daripada permohonan kemasukan
2 3PPEL sehingga Latihan Industri dan Internship. Melibatkan hampir 3,000 orang
pelajar pada satu-satu masa seluruh Malaysia di bawah kelolaan CIAST.
Perolehan dan pengurusan sistem kehadiran yang lebih cekap dengan
3 eHadir teknologi pengecaman wajah dan suhu untuk membolehkan ia sesuai
beroperasi semasa wabak Covid-19.
Naik taraf sistem ekursus sedia ada untuk menjadikan penggunaan lebih
4 eKursus selamat dan pengurusan lebih cekap. Sistem ini menguruskan kursus
modular di CIAST daripada permohonan sehingga pengeluaran sijil kursus.
Sistem untuk pengurusan kewangan di CIAST melibatkan unjuran aktiviti,
5 eBajet agihan peruntukan, perolehan, pelbagai tuntutan dan laporan kewangan
secara tahunan.
eSelenggara adalah aplikasi yang dibangunkan untuk menerima dan
memantau permohonan penyelenggaraan dan pembaikan oleh warga
CIAST. Permohonan penyelenggaraan dan pembaikan meliputi segala aspek
6 eSelenggara seperti infrastruktur, aset, aplikasi dalam talian, fasiliti dan perkhidmatan
yang ditawarkan oleh CIAST. Segala permohonan yang dihantar akan terus
sampai kepada pihak yang bertanggungjawab berdasar kepada kategori dan
subkategori yang dipilih oleh pemohon.
Platform dalam talian yang berfungsi sebagai capaian berpusat untuk
pelbagai maklumat, perkhidmatan, sumber, dan alat. Ia menyediakan
7 Portal CIAST pengguna sebagai pusat capaian kepada pelbagai aplikasi dan perkhidmatan,
menjadikannya mudah untuk mencari dan menggunakan maklumat atau
menjalankan tugasan.
Laporan Tahunan CIAST 2023 111