Page 108 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 108
Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Kepakaran
Bil.1/2023 pada 8 September 2023 di Bilik Bijaksana
yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
(Perancangan dan Pembangunan) CIAST, Tn. Hj.
Johari bin Mohamad Tahar
Mesyuarat Kerja Penilaian Jawatankuasa Penasihat
Teknikal (TAC) bagi Bidang Metodologi Pengajaran
TVET 2023 pada 15 Ogos 2023 yang dipengerusikan
oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan)
CIAST, En. Jamil bin Yahya
Bengkel Laporan Penilaian Kekompetenan Calon
- Penilaian Master Trainer (Bidang Metodologi
Pengajaran) pada 13 Jun 2023 di Pejabat Program
Kelayakan Kekompetenan
MENAIK TARAF KOMPETENSI PENGAJAR TVET CIAST- JPK MELALUI
PENGIKTIRAFAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)
Pegawai dan pengajar TVET yang berada di JPK memainkan peranan besar dalam memartabatkan TVET
di Malaysia. Namun begitu, kebanyakan mereka belum mendapat sebarang pengiktirafan daripada
badan-badan profesional di negara ini. Bagi meningkatkan keberkesanan dan kepercayaan orang ramai
serta industri, satu pengiktirafan sekurang-kurangnya dimiliki oleh pengajar-pengajar ini.
Objektif menaik taraf kompetensi pengajar JPK melalui pengiktirafan MBOT ialah:
i. Pegawai dan pengajar di JPK tidak ramai yang mempunyai pengiktirafan oleh badan-badan
profesional. Ini perlu untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan dan industri.
ii. Pengiktirafan MBOT merupakan peluang kepada peningkatan kompetensi pegawai dan
106 Laporan Tahunan CIAST 2023