Page 106 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 106
Lawatan Kunjungan Hormat ke Bahagian
Pembangunan Modal Insan, Kementerian
Ekonomi pada 18 Ogos 2022 di Menara Prisma,
Presint 3, Putrajaya. Semoga hubungan
berkekalan dan memberikan kebaikan di antara
kedua-dua pihak.
Mesyuarat JKK Tadbir Urus TVET Bil. 1/2023
telah dilaksanakan pada 16 Februari 2023
di Bilik Mesyuarat Terbilang, Blok C CIAST
yang dipengerusikan oleh YBrs. Tn. Hj.
Ghazlan bin Ghazali, Penasihat Kehormat
Persatuan Penggerak Latihan Kemahiran
Negara (MAHIR). Agenda untuk mesyuarat
kali pertama bagi tahun 2023 berkaitan
Takwim JKK MPKK dan MPKK Tahun 2023,
semakan semula Terma Rujukan JKK,
semakan semula Kerangka Blueprint
Pembangunan Modal Insan Berkemahiran –
Teras Strategik 1 (Pengukuhan Tadbir Urus
TVET) dan cadangan pembentangan kertas
pertimbangan/ pemakluman.
Mesyuarat JKK Tadbir Urus TVET Bil. 2/2023
telah dilaksanakan pada 17 Ogos 2023
di Bilik Aranda, Kompleks Latihan Mardi
Serdang yang dipengerusikan oleh YBrs. En.
Che Rahim bin Daud, Pengarah Bahagian
Pembangunan Modal Insan, Kementerian
Ekonomi. Mesyuarat dimulakan dengan sesi
penghargaan kepada YBhg. Dato’ Luqman
bin Ahmad, mantan Pengerusi JKK yang
telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan
Ketua Setiausaha (Makro) bermula pada 7
Februari 2023. Agenda mesyuarat kali ini
adalah berkaitan dengan Pencapaian Quick
Win hingga 31 Julai 2023, Pembentangan
Kerangka Blueprint Pembangunan Modal
Insan Berkemahiran dan perancangan JKK
Tadbir Urus TVET.
104 Laporan Tahunan CIAST 2023