Page 101 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 101
JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN PANEL PENILAI TVET (APV) 2023
Jawatankuasa Kecil Pembangunan Panel Penilai TVET dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil
Pool of Assessor (JK PoA) adalah salah satu jawatankuasa di bawah Jawatankuasa Teknikal Bersama
(Joint Technical Committee, JTC) Jaminan Kualiti Tunggal TVET yang bertanggungjawab menyelaraskan
proses penilaian dan akreditasi program TVET.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan JPK mempunyai senarai Ahli Panel Penilai (APP) dan Panel
Pentauliahan berbeza mengikut keperluan agensi masing-masing. Senarai calon APV akan ditapis
dan dibawa kepada kelulusan Mesyuarat JTC Jaminan Kualiti Tunggal TVET dengan pelantikan selama
tempoh 3 tahun. Berikut merupakan antara kriteria APV yang telah dipersetujui iaitu:
a. Memiliki pengalaman 10 tahun dalam bidang kepakaran;
b. Memiliki sekurang-kurangnya Sarjana Muda Tahap 6 MQF dalam bidang yang berkaitan;
atau
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 MQF dalam bidang
berkaitan;
c. Memiliki Sijil Kursus Induksi Pentauliahan (PP, PPD dan PPB) dan hadir Kursus Induksi
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN); atau Menghadiri Kursus Induksi Panel Penilai
Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK);
d. Memiliki sijil kehadiran Kursus Malaysian Qualification Agency Training Center (MQATC);
dan
e. Menghadiri Bengkel Modul Latihan APV (COPTPA)
Jadual 28: Senarai Aktiviti Jawatankuasa Kecil Pembangunan Panel Penilai TVET 2023
Bil Aktiviti Catatan
i. Mesyuarat JK Bil. 1/2023 dilaksanakan secara dalam talian pada 7 Mac
Mesyuarat 2023.
Jawatankuasa ii. Mesyuarat JK Bil. 2/2023 dilaksanakan secara dalam talian pada 30
1 Kecil
Pembangunan Mei 2023
Panel Penilai TVET iii. Mesyuarat JK Bil. 2/2023 dilaksanakan secara dalam talian pada 31
Oktober 2023
Latihan kepada calon APV tentang Standard TVET dalam COPTPA dan
Bengkel COPTPA Penilaian Program TVET telah dilaksanakan sebanyak dua (2) kali iaitu:
kepada Ahli Panel i. Siri 1: 15-16 Julai 2023 (Secara bersemuka)
2
Penilai TVET (APV 25 orang calon APV yang hadir
Kategori A) ii. Siri 2: 8-9 September 2023 (Secara dalam talian)
38 orang calon APV yang hadir
Laporan Tahunan CIAST 2023 99