Page 97 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 97
Sejumlah 34,312 permohonan perakuan personel PB telah diterima pada tahun 2023 dan 19,377 telah
diluluskan dalam Mesyuarat Perakuan Personel SPKM. Pencapaian bagi permohonan dan kelulusan
perakuan personel masing-masing telah melebihi sasaran yang ditetapkan jabatan seperti di Rajah 18.
Rajah 18: Pencapaian Permohonan dan Kelulusan Perakuan Personel PB Tahun 2023
Pencapaian perakuan personel PB pada tahun 2023 mengikut perjawatan juga telah melebihi sasaran
ditetapkan seperti yang boleh dilihat pada Rajah 19.
Rajah 19: Pencapaian Perakuan Personel PB mengikut perjawatan
Daripada jumlah 34,312 permohonan perakuan personel PB bagi tahun 2023, 56.5% permohonan adalah
kategori lulus sama ada lulus penuh atau lulus bersyarat manakala baki 43.5% adalah kategori tolak
disebabkan permohonan gagal, dipulangkan atau pembatalan jawatan seperti di Rajah 20.
Laporan Tahunan CIAST 2023 95