Page 94 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 94

Prepared by PEMANDU Associates • Proprietary & Confidential



                    Agensi KSM                                       Kementerian berkaitan TVET

                                                          Menyediakan
                                    Menyediakan           output analisis
                                     data TVET             data raya
                                     yang bersih
                                    dan diproses
                 CIAST akan dapat membangunkan
                   penyelidikan yang lebih
                 komprehensif mengenai ekosistem
                     TVET di Malaysia                     Menyediakan
                                             TVET BDA PORTAL  data utama
                                            •  MySPIKE akan menjadi  Kementerian dan agensi boleh menggunakan portal
                   TalentCorp akan dapat     tuan rumah bagi semua  data raya untuk memahami trend semasa dan
                 menggunakan TVET membekalkan  data TVET di Malaysia   membuat keputusan yang lebih berpusatkan data
                  data untuk memetakan senarai  dan memastikan semua
                   pekerjaan kritikal mereka  data diseragamkan dan
                                             bersih                     Central Agencies
                                  Menyediakan data   •  MySPIKE juga akan
                                    bekalan  menyediakan output
                                             analisis data raya
                                             berdasarkan data yang
                                             diterima
                                            •  Dikaitkan dengan
                 PERKESO akan dapat menerima  MYFutureJobs untuk  Menyediakan data
                data bekalan dan dapat merapatkan  Menyediakan  membolehkan analisis  demografi
                 jurang penawaran dan permintaan  data   bekalan dan permintaan  Agensi pusat boleh mengakses data TVET secara
                    dalam pasaran TVET  permintaan                 langsung dan bukannya melibatkan kementerian
                                                                          secara individu
                                                                                            1
                   Rajah 15: Ilustrasi Ekosistem TVET dengan MySPIKE sebagai Pangkalan Data Pusat
          Kajian Pembentukan dan Kebolehlaksanaan Kerangka Kompetensi Pekerjaan bagi Sistem Persijilan
          Kemahiran Malaysia (SPKM)
          Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau National Occupational Skills Standard (NOSS)
          merupakan satu rujukan bagi pelaksanaan sistem latihan kemahiran negara dalam menghasilkan
          tenaga kerja mahir negara. Namun, perubahan pesat semasa merentasi industri telah membawa kepada
          pertumbuhan ekonomi gig dan struktur pekerjaan baharu, kesan daripada pendigitalan pekerjaan dan
          kemelesetan ekonomi terutamanya semasa situasi pandemik. Oleh itu, kajian ini diadakan untuk
          membangunkan  satu  kerangka  kompetensi  pekerjaan  yang  memberikan  fleksibiliti  kepada  industri
          dan penyedia latihan selari dengan keperluan yang sentiasa berubah di industri. Pelaksanaan latihan
          yang memberikan fleksibiliti ke arah penstrukturan pensijilan baharu untuk dilaksanakan dalam sistem
          latihan diperkenalkan. Penglibatan industri di dalam pembangunan kurikulum turut dicadangkan untuk
          dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan khusus pihak industri.

          Kajian Penilaian Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) – Tahap Penyertaan Industri

          Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dilaksanakan di bawah seliaan JPK sejak tahun
          2005  telah  menunjukkan  peningkatan  penyertaan  industri  yang  baik  di  seluruh  negara.  Satu  kajian
          secara kepakaran dalaman telah dilaksanakan bertujuan memberikan input yang komprehensif kepada
          pihak pengurusan JPK dalam usaha menambah baik struktur penyertaan industri ke dalam program
          SLDN. Hasil kajian mendapati bahawa bagi tempoh 2018 hingga 2022, secara purata, sebanyak 556 buah
          syarikat dan agensi yang diberi pentauliahan oleh JPK telah melaksanakan program SLDN setiap tahun.
          Penyertaan tersebut didominasi oleh syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sekitar 56 peratus,
          diikuti oleh syarikat Multinasional (MNC), Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun, Government-Linked
          Company (GLC),  Government-Owned Company (GOC), dan Persatuan/Pertubuhan/Koperasi. Kajian
          ini juga telah mengenal pasti sebanyak 13 faktor yang menjadi pendorong utama penyertaan syarikat
          ke dalam program SLDN. Di samping itu, sebanyak 17 isu dan cadangan penambahbaikan berkaitan
          penyertaan dan pelaksanaan SLDN telah diutarakan daripada perspektif industri. Berdasarkan dapatan
          kajian tersebut, beberapa rekomendasi telah dikemukakan kepada jabatan merangkumi aspek strategi,
          perancangan, promosi, insentif dan hal ehwal syarikat dan perantis bagi melihat penyertaan industri
          yang lebih mantap dan meluas.


          92  Laporan Tahunan CIAST 2023
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99