Page 90 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 90

Penganjuran Seminar Penyelidikan dan Inovasi



          Pelaksanaan seminar merupakan satu platform yang penting untuk perkongsian ilmu dalam kalangan
          pengurusan dan tenaga pengajar TVET. Melalui platform ini, peserta mendapat pengetahuan baru
          daripada pengalaman dan kepakaran pembentang terpilih. Sebanyak dua (2) siri seminar telah
          dilaksanakan sepanjang tahun 2023.

          1.   Seminar Pengurusan Harta Intelek
              dan Pengkomersialan  2023  pada 12
              September  2023  di  ADTEC  Taiping
              Perak dengan penyertaan seramai 45
              orang peserta. CIAST bekerjasama
              dengan ADTEC Taiping dan Kampus
              Satelit CIAST (CSC) ADTEC Taiping
              dalam menganjurkan seminar ini.
              Seminar  ini bertujuan  untuk berkongsi
              pengetahuan berkaitan harta intelek
              dan pengkomersilan dalam kalangan
              pengajar TVET.


              Penceramah Seminar:
               i.    En.  Radhi  bin Ahmad  (Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Pulau
                     Pinang) – Topik: Pengenalan kepada Sistem Harta Intelek di Malaysia
               ii.   En. Aznizam Bin Abdullah (Pensyarah Kanan UniKL MSI - (Rakan Strategik Attia Baja
                     Organik) – Topik: Daripada Inovasi kepada Pengkomersilan : Pengalaman Attia
               iii.   Tn. Hj. Abdul Rahim bin Md Tahir (Ketua Jabatan Teknologi Kimpalan, ILP Perai / Innovator
                     dan Ejen Paten MyIPO) – Topik: Innovator di Institusi TVET : Motivasi dan Cabaran


          2.  Seminar TVET Fellowship UKM-CIAST 2023 pada 28 November 2023 di CIAST, Shah Alam dengan
              penyertaan seramai 256 orang peserta secara bersemuka dan dalam talian. Seramai lima (5) orang
              felow yang mengikuti program TVET Fellowship telah membentangkan hasil kajian mereka di dalam
              seminar ini. Seminar ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

                Pembentangan Felow:
              i.   Ts. Maziah binti Borhanuddin (Kampus Satelit CIAST ADTEC Melaka) - Topik: Characterization
                  on Ceramic Materials for Building Energy Conservation

              ii.   Ts. Hj. Mahazrul bin Kamarrudin (JPK) - Topik: Identification of New Workforce Competencies
                  for Global Future Job Excellence in the Megastructure Oil, Gas and Petrochemical (O.G.P)
                  Industry - Multinational Company (MNC) and Government Linked Company (GLC) in Malaysia

              iii.   Ts. Nozie Mazzuana binti Md Arof (CIAST) – Topik: Indoor Navigation System with Augmented
                  Reality (INSAR)



          88  Laporan Tahunan CIAST 2023
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95