Page 88 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 88

SEMINAR-SEMINAR ANJURAN CIAST


          Seminar Pengajar TVET Kebangsaan Tahun 2023


          Pada 2 Ogos 2023, program SPD telah menganjurkan Seminar Pengajar TVET Kebangsaan 2023 dengan
          tema Memperkukuh Kepakaran Pengajar TVET Merentasi Digitalisasi (Strengthening TVET Instructors
          Expertise in the Digitalisation Era). Seminar ini telah diadakan di Auditorium CIAST, Shah Alam dan
          dirasmikan oleh YB Tuan Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia.


          Seminar yang diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang telah berjaya mencatat kehadiran
          seramai 237 orang peserta secara bersemuka dan 600 orang peserta dalam talian. Peserta seminar
          terdiri daripada pengajar TVET meliputi pelbagai agensi awam dan swasta. Sesi perkongsian yang
          menarik disampaikan oleh beberapa penceramah dengan tajuk berikut:

          Seminar 1 : The Future of AI : How AI Will Affect Future Workforce?
          Dr. M.Faizuddin bin M.Noor,
          Senior Lecturer, Software Engineering Department,
          Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT)

          Seminar 2 : Generative AI : Can AI Replace TVET Instructors?
          Mr. Pang Sern Yong,
          Founder, AIHQ Training and Consultancy


          Seminar 3 : Mastering the Art of Question Design Through ChatGPT
          Prof. Madya Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan bin Mohamad,
          Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

          Seminar 4 : Digital Competency of TVET Instructors in Malaysian Skills Training
          Pn. Fazlida binti Dahalan,
          PhD student di Faculty of Education’s Curriculum and Instructional Technology Department,
          University Malaya


          Selain daripada sesi seminar, terdapat juga pameran daripada agensi-agensi seperti berikut:
             i.   Syarikat ARS Sdn. Bhd.
            ii.   Syarikat Israk Solution Sdn. Bhd.
            iii.   ILP Kuala Langat, Jabatan Tenaga Manusia
            iv.   Program PEM – CIAST
             v.   Program PPK (Kursus EE) – CIAST
            vi.   Pasukan Drone – CIAST







          86  Laporan Tahunan CIAST 2023
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93