Page 92 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 92
Penyertaan ke Persidangan Antarabangsa
Pada tahun 2023, CIAST telah dijemput untuk menyertai dan membentangkan kertas di dua (2)
persidangan antarabangsa.
Thai-German TVET Conference on Research Cooperation in Southeast Asia 2023: An Action-Oriented,
Supra-National Research Perspective on Labour Market Needs in the Face of Digitalization and Green
Energy Transition” pada 25 hingga 26 September 2023 di Bangkok, Thailand
Kertas pertama bertajuk Systematic Approach in Capacity Building of TVET Instructors telah
dibentangkan di persidangan Thai-German TVET Conference on Research Cooperation in Southeast
Asia 2023: An Action-Oriented, Supra-National Research Perspective on Labour Market Needs in the
Face of Digitalization and Green Energy Transition di Bangkok, Thailand yang dianjurkan oleh Regional
Association for Vocational and Technical Education in Asia (RAVTE), Kementerian Pendidikan dan
Penyelidikan Persekutuan Jerman, Rajamangala University of Technology Network dan TU Dortmund
University, Germany.
2023 Asian Academic Society for Vocational Education and Training (AASVET) pada 8 hingga 10
November 2023 di Yogyakarta, Indonesia.
Pada persidangan 2023 Asian Academic Society for Vocational Education and Training (AASVET) yang
diadakan di Yogyakarta, Indonesia, kertas bertajuk Digitalisation of TVET Management in Malaysia: A
shift towards Electronic Certificate, telah dibentangkan. Kedua-dua persidangan ini telah dihadiri oleh
YBrs. Ts. Dr. Nurul Amin bin Badrul daripada Unit Penyelidikan & Inovasi.
Pembentangan Kertas Kerja di Persidangan Antarabangsa
KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
Pada tahun 2023, CIAST telah menyempurnakan empat (4) kajian yang dilaksanakan secara dalaman
dan melalui perkhidmatan perunding. Sebanyak dua kajian dilaksanakan secara dalaman manakala dua
kajian dilaksanakan melalui perkhidmatan perunding.
90 Laporan Tahunan CIAST 2023