Page 93 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 93
Kajian Pengesanan Graduan CIAST 2023
Keseluruhan graduan CIAST bagi tahun 2023 adalah seramai 770 orang. Terdapat tiga (3) peringkat
pengajian ditawarkan iaitu Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV) seramai enam (6) orang
graduan (0.8%), Diploma Kemahiran Malaysia dengan Sijil Pengajar Vokasional (DKM + VTO) seramai 24
orang graduan (3.1%) dan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) seramai 740 orang graduan (96.1%) graduan.
Kajian ini dilaksanakan melalui soal selidik secara dalam talian di dalam Sistem Kajian Pengesanan
Graduan (SKPG), Kementerian Pendidikan Tinggi. Soal selidik ini bermula 16 Mac 2023 hingga 29
November 2023 dan seramai 689 orang graduan (89.48%) dari 770 orang graduan telah memberikan
maklum balas.
Rajah 14: Kebolehpasaran Graduan CIAST 2023
Secara keseluruhan, tahap kebolehkerjaan graduan CIAST menunjukkan peningkatan sebanyak
2.23% daripada 79.62% bagi tahun 2022 berbanding 81.85% bagi tahun 2023 graduan yang bekerja dan
melanjutkan pengajian. Didapati kebanyakan graduan yang bekerja sebagai tenaga pengajar berkhidmat
di sektor swasta berbanding sektor kerajaan. Kajian Pengesanan Graduan CIAST dilaksanakan secara
berterusan untuk melihat ‘pattern/trend’ keberkesanan latihan di CIAST. Hasil kajian ini membantu
pihak CIAST merangka strategi bagi membuat penambahbaikan program latihan di CIAST agar lebih
berkesan berdasarkan kepada penemuan dan cadangan kajian.
Kajian Kebolehlaksanaan Sistem Data Raya ke Arah Perancangan Dasar TVET Negara
Kajian ini diadakan untuk menentukan rangka kerja berpotensi yang mampu berfungsi sebagai repositori
berpusat dan bersepadu yang menggabungkan semua data TVET di negara ini merentasi kementerian.
Ini adalah selaras dengan salah satu strategi untuk mempertingkatkan ekosistem TVET di dalam
memperkukuhkan tadbir urus TVET. Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mengenal pasti pangkalan
data tunggal yang berpotensi bagi menyepadukan data TVET secara menyeluruh di Malaysia. Setelah
menilai dan menganalisis 20 sistem sedia ada di pelbagai kementerian dan agensi, MySPIKE muncul
sebagai sistem terbaik untuk berperanan sebagai portal sehenti TVET di Malaysia. Justeru pelaksanaan
sistem data raya TVET ini akan mampu membantu Kerajaan menggubal polisi, membuat pelan strategik
dan keputusan dengan lebih tepat dan berkesan berdasarkan fakta dan penghasilan analisis maklumat,
dan meramal permintaan atau keperluan akan datang bagi membantu Kerajaan bertindak dengan lebih
pantas dalam membuat keputusan yang tepat dan berkesan.
Laporan Tahunan CIAST 2023 91