Page 86 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 86
MAJLIS KONVOKESYEN 2023 PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN
LANJUTAN (CIAST)
Rajah 13: Statistik Graduan Majlis Konvokeysen CIAST pada Tahun 2023
Majlis Konvokesyen CIAST Tahun 2023 telah diadakan pada 25 Jun 2023 di Dewan Jubli Perak Sultan
Abdul Aziz Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Majlis
Konvokesyen CIAST Tahun 2023 adalah bagi meraikan graduan yang telah berjaya menamatkan
pengajian di CIAST pada tahun 2019 hingga 2022. Bilangan graduan yang layak dianugerahkan Diploma
dan Sijil adalah seramai 770 orang yang terdiri daripada graduan Diploma Pengajar Vokasional (DPV)
dan Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV). Majlis konvokesyen tahun 2023 turut melibatkan
graduan daripada 14 buah Kampus Satelit CIAST (CSC) seluruh negara. Majlis Konvokesyen CIAST Tahun
2023 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian
Sumber Manusia yang mewakili YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia. Secara keseluruhannya,
Majlis Konvokesyen CIAST Tahun 2023 diadakan dengan penuh meriah dan mencapai objektifnya bagi
memartabatkan profesion pengajar kemahiran serta imej CIAST khususnya.
84 Laporan Tahunan CIAST 2023