Page 104 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 104

JAWATANKUASA KERJA TADBIR URUS TVET MPKK 2023

          Sepanjang penubuhan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK), sebanyak dua (2)
          Jawatankuasa dan lapan (8) Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan. Salah satu daripada lapan
          (8) jawatankuasa kerja adalah Jawatankuasa Kerja (JKK) Tadbir Urus TVET. JKK Tadbir Urus TVET
          dipengerusikan oleh YBrs. En. Che Rahim bin Daud, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan,
          Kementerian Ekonomi manakala Pengarah CIAST, Ts. Hj. Mohd Manoj bin Jumidali yang bertindak sebagai
          Setiausaha Jawatankuasa bagi tempoh tiga (3) tahun bermula pada 1 September 2023 hingga 14 Mac
          2026. Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia selaku Pengerusi MPKK akan melantik Ahli
          dan urus setia JKK Tadbir Urus TVET. Keanggotaan JKK Tadbir Urus TVET adalah terdiri daripada pelbagai
          kementerian dan agensi.

          Fungsi Jawatankuasa Kerja Tadbir Urus TVET adalah seperti berikut:

           1.   Meningkatkan tadbir urus TVET yang lebih efektif.
           2.  Ke arah badan pentadbir TVET yang berpusat.
           3.  Dalam pelaksanaan latihan yang lebih efisien selaras dengan keperluan industri negara.
           4.  Komunikasi yang lebih efektif antara kerajaan, industri dan pusat latihan
           5.  Memastikan TVET ditadbir oleh seminimum mungkin agensi/kementerian berdasarkan target
              group yang tersasar.
           6.  Perwujudan badan bebas bagi mengawasi dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap institusi
              latihan.
           7.  Apa-apa perkara bertujuan menambah baik tadbir urus TVET.
          Kerangka Blueprint Pembangunan Modal Insan Berkemahiran “Memperkasakan Modal Insan Melalui
          TVET  Dipacu  Industri  2021  –  2025”  merupakan  suatu  usaha  strategik,  praktikal  dan  berstruktur  bagi
          meningkatkan  kemandirian  dan  keupayaan  modal  insan  berkemahiran  di  Malaysia  berteraskan
          konsep “TVET Dipacu Industri”. Ia diperkenalkan  bagi melahirkan modal insan berkemahiran  yang
          berpengetahuan, responsif, dinamik, kreatif dan inovatif serta berdaya saing tinggi dalam arus perubahan
          supaya kekal relevan sebagai tenaga mahir atau technopreneur dalam industri.

          Teras Strategik 1: Kerangka Strategik Tadbir Urus TVET dalam kerangka ini memfokuskan peningkatan
          tadbir urus TVET yang lebih efektif di antara penyedia latihan TVET serta badan penyelaras di peringkat
          nasional. Rajah di bawah menunjukkan Teras Strategik 1.




























          102  Laporan Tahunan CIAST 2023
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109