Page 107 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 107

Mesyuarat JKK Tadbir Urus TVET Bil. 3/2023
                                                           telah dilaksanakan pada 4 Disember 2023
                                                           di Bilik Mesyuarat Aras 1, Setia Perkasa
                                                           4, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian
                                                           Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh
                                                           YBrs. En. Che Rahim bin Daud, Pengarah
                                                           Bahagian Pembangunan Modal Insan,
                                                           Kementerian  Ekonomi.  Agenda  untuk
                                                           mesyuarat kali ini dimulakan dengan sesi
                                                           penghargaan kepada YBrs. Ts. Zuleah binti
                                                           Darsong, mantan Setiausaha JKK yang telah
                                                           dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah
                                                           Pembangunan Kemahiran bermula pada
                                                           6 September 2023. Agenda mesyuarat
                                                           diteruskan dengan Pencapaian Quick Win
                                                           hingga 30 November 2023 dan perancangan
                                                           aktiviti JKK Tadbir Urus TVET MPKK bagi
                                                           Tahun 2024.

          JAWATANKUASA KERJA PENGIKTIRAFAN PAKAR

          Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) Bil 2/2022 pada 12 September 2022
          telah bersetuju untuk menubuhkan dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kerja (JKK) Pengiktirafan
          Pakar dan Jawatankuasa Penilaian Kepakaran yang berperanan dalam urusan pengiktirafan pengajar
          pakar dalam kalangan agensi TVET negara. JKK Pengiktirafan Pakar merupakan jawatankuasa yang
          dibentuk di bawah MPKK manakala JTPK berperanan dalam menjalankan hal ehwal berkaitan teknikal
          dan penilaian bagi tujuan pengesyoran kepada JKK Pengiktirafan Pakar. Keahlian bagi JKK ini adalah
          terdiri daripada pegawai yang mewakili Kementerian/agensi Kerajaan, swasta dan mana-mana badan
          yang berkaitan dengan Latihan TVET. Fungsi Jawatankuasa Kerja Pengiktirafan Pakar adalah seperti
          berikut:

            i.   Mengiktiraf Master Trainer yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Penilaian Kepakaran;
            ii.   Menyelaras perkongsian pakar antara agensi/kementerian penyedia TVET agar sumber
                 kepakaran dapat turut dimanfaatkan oleh semua agensi dan kementerian penyedia TVET;
           iii.   Menyediakan inisiatif dalam membangunkan tenaga pakar secara kolaboratif meliputi agensi
                 dan kementerian penyedia TVET; dan
           iv.   Menganugerahkan pengiktirafan khas kepada pakar yang mempunyai pencapaian khas yang
                 difikirkan sesuai.

          Aktiviti Jawatankuasa Kerja Pengiktirafan Pakar



                                                    Mesyuarat JKK Pengiktirafan Pakar Bil. 1/2023
                                                    pada  5  Disember  2023  secara  dalam  talian  yang
                                                    dipengerusikan oleh Naib Canselor UniMAP, YBhg.
                                                    Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman bin Sauli








                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 105
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112