Page 110 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 110

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Bil 2/2023 pada 20 Oktober 2023

          Bagi tahun 2023, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) telah dilaksanakan sebanyak dua (2) kali
          iaitu pada 15 Jun 2023 dan 20 Oktober 2023. MKSP adalah satu mesyuarat yang diadakan secara berkala untuk
          menilai semula prestasi pengurusan dan operasi organisasi dengan tujuan meningkatkan keberkesanan,
          kecekapan dan kualiti perkhidmatan. Pelaksanaan MKSP adalah merujuk keperluan ISO 9001:2015, klausa
          9.3 yang menggariskan bahawa organisasi perlu menilai keberkesanan sistem pengurusan kualiti mereka
          secara berkala dan MKSP merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi untuk
          memenuhi keperluan ini. Ia juga merupakan satu platform untuk mengenal pasti isu-isu yang memerlukan
          penyelesaian serta untuk membuat keputusan yang membawa impak positif ke atas prestasi SPK CIAST.

          CIAST juga telah menerima lawatan pengauditan oleh LRQA bagi Audit Pengawasan 4 dan Audit Fokus
          (Surveillance 4 & Focus Audit) Pensijilan ISO 9001:2015 pada 21 dan 22 Ogos 2023. Tujuan audit ini dijalankan
          adalah untuk membuat pengawasan terhadap Pelaksanaan Prosedur ke atas proses kerja serta penentuan
          bagi pertimbangan pembaharuan pensijilan yang akan tamat pada awal tahun 2024. Pasukan Juruaudit
          LRQA ini diketuai oleh Pn.Lee Yi Yan dan ahli Pasukan Audit En. Frederick Low. CIAST telah memenuhi
          kesemua keperluan piawaian standard yang ditetapkan tanpa sebarang ketidakpatuhan serta berjaya ke
          proses seterusnya iaitu audit persijilan semula yang dijadualkan pada bulan November 2023.





















                                Mesyuarat Pembukaan Lawatan Audit LRQA pada
                                             6 November 2023

          108  Laporan Tahunan CIAST 2023
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115