Page 83 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 83

Laporan Tahunan CIAST 2022



        Kajian  Penambahbaikan Kaedah  Pembangunan Dan Kesesuaian
        Struktur Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK, NOSS)
        Dalam Era New Collar Jobs

























        Dunia pekerjaan sama ada di peringkat domestik mahupun global, menyaksikan transisi
        corak pekerjaan yang dipopularkan  sebagai  new  collar  job. Perubahan  ini  amat ketara
        khususnya bagi pekerjaan yang berasaskan ekonomi gig. Kemahiran tambahan baru pekerja
        ini sudah pasti akan memberi kesan kepada kandungan dan struktur standard pekerjaan.
        Ini sekaligus memberi implikasi bahawa kerelevanan struktur dan kaedah pembangunan
        NOSS (National Occupational Skills Standard) sedia ada perlu dinilai secara menyeluruh. Bagi
        tujuan mengadaptasi keperluan new collar jobs tersebut, JPK telah melantik perunding UPM
        Consultancy  & Services Sdn. Bhd. bagi melaksanakan kajian khusus  yang memfokuskan
        kepada  penambahbaikan  kaedah  pembangunan  dan  kesesuaian  struktur  Standard
        Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).

        Reka bentuk bagi kajian yang dilaksanakan adalah berasaskan pendekatan kualitatif secara
        penerokaan terbuka (exploratory). Bagi memenuhi  objektif-objektif  kajian, kaedah yang
        digunakan  merangkumi  tinjauan  literatur secara bersistematik dengan  menggunakan
        dokumen analisis, kaedah Perbincangan secara Kumpulan Berfokus (FGD) dan juga temubual
        mendalam. Dalam projek kajian ini, sebanyak 6 sesi FGD dan 5 sesi temubual melibatkan
        sejumlah 57 panel dan 42 responden tinjauan terbuka telah berjaya dilaksanakan. Aktiviti
        kajian  tersebut melibatkan  sejumlah  26  sektor industri dan  22  agensi  dan/atau syarikat
        (termasuk syarikat persendirian).


        Kajian  ini  telah  merumuskan  sebanyak  sepuluh  dapatan  kajian  utama yang  secara
        umumnya menyentuh berkaitan dengan isu dan cadangan penambahbaikan sama ada di
        peringkat sebelum, semasa, atau selepas proses pembangunan NOSS. Bagi setiap dapatan
        kajian, cadangan penambahbaikan dibincangkan  bersama  dengan  cadangan kaedah
        atau kriteria tambahan yang dilihat boleh memantapkan proses pembangunan tersebut.
        Daripada keseluruhan dapatan kajian tersebut, pasukan kajian berpendapat bahawa
                                                  81
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88