Page 88 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 88

Laporan Tahunan CIAST 2022



        Manakala bilangan Personel PV masih aktif dan sah tempoh perakuan sehingga 31 Disember
        2022 mengikut perjawatan seperti di Rajah 14.



























         Rajah 14: Bilangan Personel PV masih aktif mengikut perjawatan Sehingga Disember 2022


        Perakuan Personel Fasilitator Bertauliah (FB)


        Personel Fasilitator Bertauliah merupakan individu  yang  memenuhi  syarat dan  kriteria
        ditetapkan  merujuk panduan  Fasilitator Bertauliah yang  sedang berkuat kuasa. Personel
        FB berperanan menghasilkan  dokumen  standard dan kurikulum  latihan  yang  mencapai
        kompetensi dan standard sesuatu pekerjaan yang digariskan dalam Standard Kemahiran
        Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi memenuhi keperluan industri negara.  Personel FB terdiri
        daripada empat (4) perjawatan berikut:

                    i.  Fasilitator Bertauliah DESCUM (FB DESCUM)
                    ii.  Fasilitator Bertauliah WIM (FB WIM)
                    iii.  Fasilitator Bertauliah Pembangunan Soalan Latihan Kemahiran (FB Soalan)
                    iv.  CUDBAS Leader


        Sehingga 31 Disember 2022, sejumlah 130 permohonan personel FB telah dibentangkan
        dalam Mesyuarat Perakuan Personel SPKM. Daripada jumlah tersebut, 38% iaitu sebanyak
        49  permohonan  yang  memenuhi  syarat telah  diluluskan  dan  keputusan  permohonan
        mengikut perjawatan seperti di Rajah 15.









                                                  86
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93