Page 90 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 90
Laporan Tahunan CIAST 2022
JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN PANEL PENILAI TVET 2022
Jawatankuasa Kecil Pembangunan Panel Penilai TVET dahulunya dikenali sebagai
Jawatankuasa Kecil Pool of Assessor (JK POA) adalah salah satu jawatankuasa di bawah
Jawatankuasa Teknikal Bersama (Joint Technical Committee, JTC) Jaminan Kualiti Tunggal TVET
yang bertanggungjawab menyelaraskan proses penilaian dan akreditasi program TVET.
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mempunyai
senarai Ahli Panel Penilai (APP) dan Panel Pentauliahan masing-masing. Secara amnya,
kriteria APP MQA dan APP JPK adalah berbeza mengikut keperluan agensi masing-masing.
Senarai calon APV akan ditapis oleh Ahli Jawatankuasa Kecil Pembangunan Panel Penilai
TVET dan dibawa kepada kelulusan Mesyuarat JTC Jaminan Kualiti Tunggal TVET. Calon yang
diluluskan akan diberi latihan APV dan surat pelantikan selama tempoh 3 tahun. Berikut
merupakan antara kriteria APV yang telah dipersetujui iaitu:
a. Memiliki pengalaman 10 tahun dalam bidang kepakaran;
b. Memiliki sekurang-kurangnya Sarjana Muda Tahap 6 MQF dalam bidang yang
berkaitan; atau
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 MQF dalam
bidang berkaitan;
c. Memiliki Sijil Kursus Induksi Pentauliahan (PP, PPD dan PPB) dan Hadir Kursus
Induksi SLDN; atau Menghadiri Kursus Induksi PPPPK;
d. Memiliki sijil kehadiran Kursus Malaysian Qualification Agency Training Center (MQATC);
dan
e. Menghadiri Bengkel Modul Latihan APV (COPTPA)
88