Page 81 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 81

Laporan Tahunan CIAST 2022



        Kajian Kebolehlaksanaan  Transformasi Sijil Fizikal Kepada Sijil
        Elektronik Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
























        Dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), Sijil Kemahiran Malaysia
        (SKM),  Diploma Kemahiran  Malaysia (DKM)  dan  Diploma  Lanjutan  Kemahiran  Malaysia
        (DLKM) serta Penyata Pencapaian (PC) akan dianugerahkan kepada individu yang berjaya
        memenuhi keperluan kompetensi yang dinyatakan dalam NOSS. Mengikut rekod JPK, sejak
        tahun 1994 sehingga April 2022, sejumlah 2,083,670 sijil yang merangkumi SKM, DKM dan
        DLKM  telah dianugerahkan kepada individu  yang  berjaya mengikuti  latihan melalui tiga
        kaedah persijilan utama iaitu sama ada Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Sistem
        Latihan Dual National (SLDN) atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Jumlah sijil
        fizikal yang agak tinggi yang JPK perlu keluarkan dan uruskan setiap tahun tersebut telah
        mengundang  pelbagai  cabaran dan  isu khususnya  dari segi kecekapan pengurusan  sijil,
        kekangan masa, pemalsuan sijil, kos pengeluaran, kekurangan tenaga kerja, dan juga kesan
        terhadap alam sekitar. Rentetan itu,  terbit idea agar JPK beralih  kepada  sijil  elektronik
        sebagai alternatif kepada sijil fizikal bagi mengatasi isu-isu berkaitan. Justeru, bagi menilai
        kebolehlaksanaan transformasi sijil fizikal kepada sijil elektronik bagi persijilan SPKM di JPK,
        satu kajian mengenai tajuk tersebut telah dilaksanakan yang disempurnakan oleh Universiti
        Teknikal MARA Sdn. Bhd. yang diwakili oleh UniKL - Malaysian Institute of Information
        Technology (MIIT).


        Dapatan awal daripada kajian literatur mencadangkan bahawa penggunaan sijil elektronik
        mempunyai pelbagai manfaat seperti mudah dikendalikan, senang diakses pada bila-bila
        masa dan dapat menyelesaikan isu penyimpanan sijil serta seiring dengan Dasar IR4.0 Negara
        dan Dasar Teknologi Hijau Negara. Kajian awal ini juga mendedahkan bahawa penggunaan
        sijil elektronik telah dilaksanakan secara meluas di Malaysia melibatkan universiti awam dan
        swasta serta agensi perkhidmatan awam lain dalam pelbagai keperluan seperti sijil graduasi,
        perlesenan, vaksinasi di MySejahtera dan pendaftaran syarikat. Seterusnya, hasil dapatan
        kajian melalui temubual dan tinjauan soal selidik pula mendapati bahawa secara umumnya,
        pihak berkepentingan dalam Persijilan Kemahiran Malaysia yang terdiri daripada majikan,
                                                  79
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86