Page 77 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 77

Laporan Tahunan CIAST 2022



        Kajian Pengesanan Graduan CIAST 2022


        Soal selidik secara dalam talian di laman rasmi kaji selidik iaitu Sistem Kajian Pengesanan
        Graduan (SKPG) melalui ‘graduan.mohe.gov.my/skpgtvet’ telah diedarkan kepada graduan
        CIAST. Soal selidik ini dibuka bermula 16 Mac 2022 sehingga 21 November 2022. Hasil dari
        kajian  dijalankan, sebanyak  422  graduan  (85.77%)  dari 492  graduan  telah  memberikan
        maklum balas.




















                             Rajah 5: Kebolehpasaran Graduan CIAST 2022



        Sebanyak 72.5% (306) graduan telah mendapat pekerjaan, 7.1% (30) melanjutkan pengajian
        dan 20.4% (86) graduan belum bekerja. Secara keseluruhan, tahap kebolehkerjaan graduan
        graduan  CIAST menunjukkan  peningkatan  sebanyak  18.31%  iaitu  daripada  54.19%  bagi
        tahun 2021 berbanding 72.50% bagi tahun 2022. Didapati juga, peratusan graduan CIAST
        yang bekerja sebagai tenaga pengajar adalah 38.6% dan kebanyakan mereka berkhidmat di
        sektor swasta. Dari segi pendapatan bulanan, sebahagian besar graduan CIAST iaitu 39.4%
        memperolehi pendapatan di antara  RM1,501.00  ke RM2,000.00  Kadar pendapatan  yang
        rendah iaitu dibawah RM1,500.00 yang diperolehi oleh sebanyak 56.1% graduan juga harus
        diberi perhatian.

        Kajian  Kebolehpasaran  Graduan CIAST  dilaksanakan  secara berterusan untuk  melihat
        ‘pattern/trend’ keberkesanan latihan di CIAST. Hasil kajian ini membantu pihak CIAST
        merangka strategi  bagi  membuat  penambahbaikan  program latihan  di  CIAST  agar lebih
        berkesan berdasarkan kepada penemuan dan cadangan yang dikemukakan.


        Kajian Penilaian Keberkesanan Kursus Sijil Pengajar Vokasional

        Kajian  dilaksanakan  untuk  mengukur  keberkesanan  latihan  Sijil  Pengajar Vokasional
        (VTO) melalui  penilaian  tahap kemahiran pengajar TVET di  Pusat Bertauliah (PB)  Jabatan
        Pembangunan  Kemahiran (JPK)  yang  sedang  melaksanakan  Sistem Pensijilan  Kemahiran
        Malaysia (SPKM) melalui kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB).

                                                  75
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82