Page 82 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 82
Laporan Tahunan CIAST 2022
pekerja (graduan), pelatih dan juga urusetia persijilan di Pusat Bertauliah menerima secara
positif cadangan pelaksanaan persijilan elektronik SPKM oleh JPK.
Bagi tujuan pembangunan persijilan elektronik SPKM tersebut, pasukan kajian
mencadangkan penggunaan Teknologi Blockchain sebagai pilihan utama kerana kelebihan
dapat menawarkan penjimatan masa, pengurangan kos, kestabilan dan ciri keselamatan di
samping keupayaan yang ada di pihak JPK serta sokongan daripada agensi kerajaan lain.
Penggunaan Teknologi Blockchain tersebut boleh diintegrasi dengan sistem legasi MySPIKE
sedia ada dengan kepakaran dalaman JPK. Dari segi strategi pelaksanaan, pasukan kajian
mencadangkan supaya proses transformasi digitalisasi persijilan tersebut dilaksanakan
secara berfasa seiring dengan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan
Malaysia seperti JENDELA. Pihak JPK dicadangkan supaya bermula dengan projek rintis di
mana kedua-dua sijil fizikal dan sijil elektronik dikeluarkan. Pelaksanaan persijilan elektronik
sepenuhnya boleh dicapai kemudian apabila infrastruktur dan keperluan teknikal serta
kesediaan pemegang taruh adalah di peringkat optimum.
80