Page 80 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 80

Laporan Tahunan CIAST 2022



        pemilihan mereka ke institusi latihan yang menawarkan pensijilan profesional. Selain itu,
        kajian ini juga mengenal pasti lima faktor utama penerimaan industri terhadap pensijilan
        profesional. Selanjutnya, kajian ini membuat perbandingan di antara pensijilan profesional
        dan Pensijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang-bidang terpilih dalam enam bidang industri
        utama. Perbandingan yang dibuat adalah dari segi kandungan kurikulum, tempoh latihan,
        yuran latihan, jaminan kualiti pengajaran dan pembelajaran, serta komposisi penilaian.
        Di samping  itu, kajian ini  mendedahkan  bahawa kecenderungan  pemilihan  pensijilan
        profesional dalam kalangan pekerja industri berkemungkinan menyebabkan pengurangan
        enrolmen bagi Pensijilan Kemahiran Malaysia bagi kumpulan tersebut. Di bahagian akhir,
        kajian ini mencadangkan kerangka tindakan penyelarasan penawaran pensijilan profesional
        ke arah pensijilan bersepadu yang mengandungi 10 komponen utama dan merangkumi tiga
        peringkat pelaksanaan iaitu jangka masa pendek (0 hingga 2 tahun), jangka masa sederhana
        (2 hingga 5 tahun), dan jangka masa panjang (lebih daripada 5 tahun).

        Secara keseluruhannya,  kajian  merumuskan bahawa Pensijilan  Profesional Industri  dan
        Antarabangsa boleh  diselaras dan diintegrasikan  dengan Pensijilan  Kemahiran Malaysia
        dalam penawaran pensijilan bersepadu. Selain itu, inisiatif dalam mendapatkan pengiktirafan
        bagi  Pensijilan  Kemahiran Malaysia daripada badan  antarabangsa dan  badan  organisasi
        serta industri perlu dirangka dan dilaksana secara strategik dan efektif. Pemantauan bagi
        tujuan penyelarasan dan penyeragaman pengoperasian pensijilan bersepadu merupakan
        strategi yang dicadangkan dan akan dapat dilaksanakan melalui peranan yang dimainkan
        oleh pelbagai pihak berkepentingan dalam pelbagai industri.






































                                                  78
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85