Page 79 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 79
Laporan Tahunan CIAST 2022
Kajian Cabaran Dan Impak Pensijilan Profesional Industri Dan
Antarabangsa di Malaysia
Pensijilan profesional dalam bidang TVET, sama ada yang dikeluarkan secara khusus oleh
pihak industri mahupun oleh badan persijilan antarabangsa telah menunjukkan permintaan
yang semakin meningkat daripada golongan pekerja dan pelajar serta industri dan juga
institusi latihan. Namun, implikasi trend tersebut kepada sektor TVET negara khususnya
kepada pelaksanaan Pensijilan Kemahiran Malaysia sedia ada, masih belum jelas. Justeru,
bagi meneroka cabaran dan impak pensijilan profesional serta bagaimana trend tersebut
dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan latihan kemahiran dalam negara, satu
kajian berimpak tinggi mengenai tema tersebut telah dilaksanakan. Kajian tersebut telah
dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh jabatan iaitu UKM Pakarunding Sdn. Bhd.
dengan tempoh kajian ditetapkan selama 8 bulan.
Strategi penyelidikan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kajian
kes yang disokong oleh data kuantitatif. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri
daripada lima kategori merangkumi pekerja industri, majikan, institut latihan, Industry-Lead
Body (ILB), dan badan pensijilan. Kajian ini dilaksanakan dalam dua fasa, bermula dengan
fasa pengumpulan data melalui Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) yang melibatkan
seramai 94 responden yang mewakili 21 bidang industri serta pengedaran borang soal
selidik kepada pekerja industri, majikan dan institusi latihan. Fasa kedua pula melibatkan
pengumpulan data melalui sesi temu bual melibatkan empat wakil bidang industri yang
bertujuan untuk membuat perbandingan di antara pensijilan profesional dengan Pensijilan
Kemahiran Malaysia.
Kajian ini telah mengenalpasti sebanyak 373 pensijilan profesional industri dan antarabangsa
berasaskan TVET yang ditawarkan dalam 21 bidang industri utama di Malaysia. Dalam konteks
penyertaan individu bagi memperoleh pensijilan profesional, dapatan kajian mengetengahkan
lapan faktor utama yang mendorong pemilihan pensijilan tersebut dan lima faktor utama
77