Page 78 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 78
Laporan Tahunan CIAST 2022
Kajian ini menumpukan kepada aspek kemahiran pengajar TVET di PB JPK yang mengandungi
tiga kategori kemahiran utama iaitu (i) kemahiran teras, (ii) kemahiran pedagogikal dan
(iii) kemahiran insaniah. Selain itu kajian juga mensasarkan objektif untuk kenal pasti
pengiktirafan pihak luar terhadap pengajar TVET di PB JPK, faktor-faktor keberkesanan
program latihan VTO serta pengesyoran kaedah tambah baik keberkesanan latihan VTO.
Kaedah tinjauan menggunakan kaedah gabungan (mix methods) yang melibatkan data
kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik diedarkan kepada semua PB JPK berjumlah 1240
buah dan sebanyak 373 PB memberi respon dalam tinjauan ini. Soal selidik berlangsung
dari 16 Oktober 2022 sehingga 28 Oktober 2022. Manakala temu bual kumpulan fokus
dilaksanakan sebanyak 7 sesi kumpulan fokus melibatkan 30 orang Pegawai Pengesah
Luaran (PPL) dan 12 orang Pegawai Pengesah Dalaman (PPD). Sesi ini diadakan di antara
bulan Ogos 2022 sehingga September 2022.
SKOR 4.47
5 4.44
4.38
4 3.20
3
2
1
TERAS PEDAGOGIKAL INSANIAH PENGIKTIRAFAN LUAR
Rajah 6: Tahap Kemahiran Pengajar TVET
Hasil penemuan menunjukkan tahap kemahiran pengajar TVET bagi tiga kategori kemahiran
utama berada di aras tinggi manakala pengiktirafan luar berada di aras sederhana.
Sesi kumpulan fokus bersetuju bahawa kemahiran pengajar TVET secara keseluruhannya
adalah baik namun terdapat sebilangan pengajar-pengajar lantikan baharu yang perlu
diberikan perhatian. Dapatan kajian turut mengenalpasti faktor-faktor yang boleh
meningkatkan lagi keberkesanan program Sijil Pengajar Vokasional iaitu (i) tenaga pengajar,
(ii) kecenderungan pengajar pelatih, (iii) sikap pengajar pelatih dan (iv) peranan personel
SPKM (PPL). Hasil laporan kajian membantu CIAST dan JPK membuat pertimbangan bagi
tambah baik serta meningkatkan lagi keberkesanan lepasan VTO melalui cadangan yang
dikemukakan.
76