Page 54 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 54
Laporan Tahunan CIAST 2022
Kursus Kemahiran Fasilitator NOSS/WIM/SLK
Kursus ini adalah untuk peserta-peserta berkelayakan yang telah berjaya melalui kursus
Pembangunan NOSS/WIM/SLK dengan jayanya. Objektif utama kursus adalah untuk
memberi pendedahan teknik dan tatacara kemahiran fasilitator sebagai persediaan bagi
membangunkan NOSS, WIM dan Soalan Latihan Kemahiran mengikut kriteria yang ditetapkan
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Bakal fasilitator perlu menduduki Ujian Prestasi dan
Ujian Pengetahuan. Calon perlu lulus keseluruhan ujian seperti yang telah ditetapkan.
Jadual 29: Pelaksanaan Kursus Kemahiran Fasilitator
Bil. Perkara Bilangan Siri Bilangan Peserta
1. Kursus Kemahiran Fasilitator NOSS/WIM/ 2 40
Soalan Latihan Kemahiran
Jadual 30: Bilangan Pentauliahan Fasilitator 2022
Bil. Perkara Bilangan
1. Fasilitator Bahan Pengajaran Bertulis(WIM) 16
2. Fasilitator Soalan Latihan Kemahiran 28
Jadual 31: Bilangan Kumulatif Pentauliahan Fasilitator sehingga Tahun 2022
Bil. Perkara Bilangan
1. Fasilitator NOSS(DESCUM) 365
2. Fasilitator Bahan Pengajaran Bertulis(WIM) 245
3. Fasilitator Soalan Latihan Kemahiran 160
TVET Instructor Eprofiling System (TiPS)
TiPS adalah sistem dalam talian pangkalan data berpusat pengajar TVET Malaysia. Sehingga
Disember 2022, sejumlah 31,291 pengajar TVET awam dan swasta telah mendaftar. TiPS
berfungsi untuk mengenalpasti jurang kompetensi pengajar TVET dengan kaedah yang
sistematik serta menyediakan platform padanan latihan untuk peningkatan kompetensi
pengajar TVET. Sepanjang tahun 2022, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memastikan
ia terus berfungsi dan menyumbang kepada usaha pemantapan kompetensi pengajar.
52