Page 57 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 57
Laporan Tahunan CIAST 2022
Kursus Pembangunan Latihan dan Modal Insan Kakitangan CIAST
Kursus Pembangunan Latihan & Modal Insan Kakitangan CIAST ini adalah kursus dalaman
CIAST menggunakan peruntukan mengurus. Ia dilaksanakan bertujuan untuk memastikan
semua kakitangan CIAST berjaya menghadiri sekurang-kurangnya lima (5) hari berkursus
setahun (30 jam), yang mana ini adalah ketetapan bagi semua warga kementerian di
bawah Kementerian Sumber Manusia. Kursus-kursus ini dilaksanakan hasil daripada
Analisa Keperluan Latihan (TNA) yang telah dibuat pada hujung tahun 2021, di mana TNA ini
dibangunkan bagi semua skim dan gred kakitangan CIAST. Sebahagian besar kursus yang
dirangka dan dilaksanakan lebih kepada kursus berbentuk soft skill dan generic, yang mana
ianya dapat disertai oleh semua kakitangan dari pelbagai jenis skim perkhidmatan di CIAST.
Rajah 4: Pencapaian KPI Kursus Kakitangan CIAST Tahun 2022
KURSUS JANGKA PENDEK ANJURAN PROGRAM KELAYAKAN
KEKOMPETENAN (KK)
Kursus Induksi Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
(SPKM)
Unit Kursus Induksi Pentauliahan (KIP) Program Kelayakan Kekompetenan (KK), CIAST
bertanggungjawab merancang dan mengurus pelaksanaan Kursus Induksi Pentauliahan
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) merangkumi Kursus Induksi Pentauliahan
PP-PPD-PPB, Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPT dan Kursus Induksi Pentauliahan PPL.
Disamping itu, KIP juga terlibat dalam Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian dan
Verifikasi (PPV).
55