Page 59 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 59
Laporan Tahunan CIAST 2022
Sesi Taklimat Penceramah Kursus Induksi 2022
Satu sesi taklimat penyelarasan penceramah kursus induksi pentauliahan telah dilaksanakan
pada 14 Disember 2022 secara dalam talian. Seramai 81 orang penceramah dari Ibu
Pejabat JPK, JPK Wilayah dan CIAST telah menyertai sesi taklimat ini. Ianya bertujuan untuk
menyampaikan maklumat terkini berkenaan peraturan, penyelarasan laporan dan panduan
yang sedang berkuatkuasa.
Sesi Taklimat Penceramah Kursus Induksi 2022 pada 14 Disember 2022
Latihan Antarabangsa
CIAST telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) sebagai penyedia
latihan bagi melaksanakan program MTCP di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Manakala bagi Program TCTP, penganjuran kursus adalah melibatkan kolaborasi bersama
dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Japan International Cooperation Agency (JICA).
Program MTCP telah dilancarkan pada tahun 1980 sebagai komitmen Malaysia untuk
Kerjasama Selatan-Selatan dan menjadi platform bagi Malaysia untuk berkongsi pengalaman
dengan negara-negara membangun yang lain. MTCP didasarkan kepada prinsip bahawa
pembangunan sesebuah negara adalah bergantung pada kualiti modal serta sumber
manusia.
Sejak tahun 1988, sejumlah 122 kursus antarabangsa telah dikendalikan oleh CIAST
melibatkan seramai 1,272 peserta dari luar negara.
57