Page 58 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 58
Laporan Tahunan CIAST 2022
Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB, PP-PPT dan PPL
Pelaksanaan kursus induksi ini merupakan salah satu syarat yang wajib dihadiri oleh setiap
personel untuk dilantik dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Pada tahun 2022 KIP
telah menyelaras sebanyak 164 kursus induksi dengan penyertaan sebanyak 4495 orang
peserta. Butiran lanjut pelaksanaan kursus induksi adalah seperti Jadual 32.
Jadual 32: Penganjuran dan bilangan peserta KIP 2022
Jenis KIP Bilangan Penganjuran Bilangan Peserta
1. PP-PPD-PPB 110 2745
2. PP-PPT 33 1023
3. PPL 21 727
Sesi Penilaian Pembaharuan PPV 2022
Sesi Penilaian Pembaharuan PPV diadakan untuk membolehkan personel lantikan PPL-
SLaPB, PPL-SLDN, PPL-PPT, PP-PPT memperbaharui lantikan dan personel perlu mengikuti
sesi penilaian ini dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat lantikan.
Kaedah penilaian pembaharuan adalah melalui pembentangan kajian kes secara individu
dan penilaian bertulis. Ini adalah bertujuan untuk memastikan personel yang dilantik
mempunyai pengetahuan dan maklumat yang tepat, jelas dan terkini mengenai Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) serta kefahaman setiap personel yang dilantik adalah
seragam dan betul.
Pada tahun 2022, seramai 470 orang PPV dari Zon Tengah, Selatan, Utara, Timur , Sabah dan
Sarawak telah menduduki sesi penilaian pembaharuan PPV secara dalam talian.
Peserta Sesi Penilaian PPV 2022 yang hadir secara dalam talian
56