Page 49 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 49
2
Laporan Tahunan CIAST 2022
Kursus
Reskilling
217 kursus
3,148 peserta
Kursus
Upskilling
26 kursus
Kursus 417 peserta
Profesional
34 kursus
243 peserta
Latihan Melalui Kaedah Coaching and Mentoring Bagi Pembangunan
Kepakaran Pengajar TVET
Program TVET Instructor Technology Update iaitu perkongsian kepakaran pengajar dari
dalam dan luar negara melalui kaedah Coaching dan Mentoring kepada pengajar TVET
yang melibatkan 15 agensi di bawah sembilan (9) kementerian dilaksanakan bertujuan
untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran pengajar sedia ada di agensi TVET. Tenaga
pengajar diberi peluang untuk meningkatkan tahap kemahiran dan kepakaran mereka
secara berterusan. Pelaksanaan program ini adalah berdasarkan kepada analisa keperluan
latihan yang diperolehi melalui Sistem eProfiling (TiPS). Latihan Coaching dan Mentoring yang
dilaksanakan adalah merangkumi tiga (3) jenis kompetensi yang telah dikenalpasti iaitu
komponen kemahiran, pedagogikal dan pengurusan.
Kursus Latihan Coaching and Mentoring Kepada Calon Coach Dan
Mentor
Bagi memastikan pelaksanaan latihan melalui kaedah Coaching dan Mentoring dapat
difahami dengan jelas oleh agensi, kursus bersama calon coach dan mentor tahun 2022
ditawarkan kepada peserta di kalangan penyelia di organisasi yang telah dilantik sebagai
coach atau mentor. Coaching & Mentoring merupakan teknik berkesan untuk meningkatkan
prestasi pekerja, meningkatkan motivasi dan, dalam kebanyakan kes, boleh menjadi jauh
lebih bermanfaat daripada latihan langsung. Kursus ini telah memberikan keyakinan,
kemahiran dan teknik untuk menjalankan dan menguasai bimbingan dan tunjuk ajar
dengan berkesan. Sebanyak 3 siri dengan 81 orang calon coach/mentor telah dilatih
berkaitan teknik yang berkesan dalam melaksanakan latihan kepada pengajar TVET
melalui kaedah coaching & mentoring.
47