Page 50 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 50
Laporan Tahunan CIAST 2022
Impak daripada pelaksanaan kursus ini Impak daripada pelaksanaan kursus ini adalah
seperti berikut;
1. Memberi fahaman bagaimana coaching dan mentoring berbeza daripada teknik
pembangunan latihan yang lain.
2. Menganalisa gaya bimbingan dan tunjuk ajar untuk meningkatkan teknik bimbingan.
3. Memberi tunjuk ajar proses dan model coaching dan mentoring terbaik dan
menerangkan cara untuk membangunkan dan membantu mempromosikan budaya
coaching dan mentoring.
4. Memahami model coaching dan aplikasinya untuk mencapai keberkesanan
maksimum dalam kedua-dua situasi individu dan pasukan.
5. Menguasai kaedah dan teknik bimbingan dan tunjuk ajar untuk membuka potensi
sebenar, motivasi dan penyelesaian masalah orang ramai untuk isu peribadi serta
tempat kerja
6. Melatih penyelia dalam aspek kepimpinan di dalam skop coaching dan mentoring
kepada pegawai seliaan.
Taklimat Pelaksanaan Latihan Coaching and Mentoring
Taklimat Pelaksanaan Latihan Coaching & Mentoring yang dilaksanakan meliputi 4 zon iaitu
Zon Utara, Selatan, Timur dan Tengah Sasaran sebanyak 4 siri dan 80 orang peserta telah
berjaya mencapai output sebanyak 9 siri dan 151 orang peserta. Tujuan taklimat diadakan
adalah untuk;
1. Menerangkan Pelaksanaan Program TVET Instructor Technology Update (Perkongsian
Kepakaran Pengajar Dari Dalam Dan Luar Negara Melalui Kaedah Coaching &
Mentoring Kepada Pengajar TVET) iaitu berkaitan tujuan, perincian terhadap
proses dan kaedah pelaksanaan program, dokumentasi yang terlibat secara
manual dan melalui sistem TiPS, serta peningkatan skor kompetensi dan kategori
pengajar TVET di dalam sistem TiPS.
2. Menerangkan Program Pelaksanaan Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme
Pengajar TVET & Personel SPKM Melalui Kaedah Reskilling, Upskilling dan
Profesional iaitu berkaitan Key Performance Index (KPI) di dalam peningkatan
kompetensi pengajar TVET dan kaedah pelaksanaan program, analisa keperluan
latihan serta dokumentasi yang terlibat, penilaian pasca kursus dan peningkatan
skor kompetensi dan kategori pengajar TVET di dalam sistem TiPS.
3. Memberi peluang untuk meningkatkan tahap kemahiran dan kepakaran mereka
secara berterusan. Pelaksanaan program ini adalah berdasarkan kepada analisa
keperluan latihan yang diperolehi melalui Sistem eProfiling (TiPS). Latihan Coaching
& Mentoring dan Latihan Reskilling, Upskilling & Profesionalisme yang dilaksanakan
adalah merangkumi tiga (3) jenis kompetensi yang telah dikenalpasti iaitu
komponen kemahiran, pedagogikal dan pengurusan.
48