Page 51 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 51
Laporan Tahunan CIAST 2022
Pelaksanaan Latihan Coaching and Mentoring Kepada Pengajar
TVET Di Agensi
Pada tahun 2022 pihak CIAST sendiri telah berjaya melaksanakan 1 modul latihan di
bawah bidang Management System & Web Application, di mana mentor dilantik ialah Encik
Wan Ahmad Jailani bin Wan Ngah, yang melatih seramai 4 orang mentee dari program
PPL iaitu Encik Ahmad Jefri bin Sabri, Ts. Yogeswaran A/L Seleappan, Encik Muhammad
Salman bin Sahak dan Puan Nurul Rabani binti Mohd Toff. Justifikasi modul latihan di CIAST
ini dilaksanakan ialah untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga pengajar berkemahiran
dan berkebolehan dalam membangunkan sistem dan aplikasi untuk kegunaan jabatan
seperti TiPS dan MySPIKE.
Rajah 2: Proses dan Pencapaian Pelaksanaan Pembangunan Kepakaran Pengajar TVET
Melalui Latihan Coaching & Mentoring di Agensi TVET
Pembangunan Fasilitator
Pada tahun 2022, Unit Pembangunan Fasilitator (UPF) telah menyelaras pelaksanaan
program Pembangunan Kepakaran & Profesionalisme Tenaga Pengajar TVET untuk
memastikan tenaga pengajar TVET secara berterusan mempersiapkan diri dengan
kompetensi teknikal dan kemahiran teknik mengajar sebelum memulakan perkhidmatan
serta memperkukuhkan diri dengan kemahiran teknikal serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran terkini agar mereka kekal dinamik dan responsif terhadap situasi dan
keperluan semasa. Program ini melibatkan peserta Awam dan Swasta yang terdiri dari
pelbagai agensi yang telah berdaftar sebagai Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) dan pakar-pakar industri yang terlibat dalam Pembangunan National
Occupational Skill Standard (NOSS). Latihan yang terlibat adalah meliputi Kursus
49