Page 67 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 67

LATIHAN ANTARABANGSA


          Program Indonesia, Malaysia, Thailand - Growth Triangle (IMT-GT)

          Program IMT-GT merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
          dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1993 melibatkan 3 buah negara iaitu Indonesia, Malaysia
          dan Thailand. Rangka kerjasama ini adalah untuk menggalakkan projek bersama, inisiatif rentas
          sempadan, dan perkongsian kepakaran dan sumber dalam kalangan negara anggota.

          Kementerian Sumber Manusia (KSM) terlibat dalam Kumpulan Kerja Pembangunan Sumber Manusia
          (Working Group Human Resource Development - WGHRD) bagi tahun 2023 adalah untuk tiga komponen
          utama  iaitu  pembangunan  sumber  manusia,  pendidikan  dan  kebudayaan.  Fokus  kumpulan  kerja  ini
          adalah menangani isu defisit kemahiran yang dihadapi oleh IMT-GT. Kerajaan Malaysia telah dijemput
          menghadiri Mesyuarat Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) WGHRD ke-13 di Aceh,
          Indonesia dari 3 Ogos 2023 hingga 4 Ogos 2023 bagi membincangkan perkembangan dan pelaksanaan
          projek melibatkan WGHRD di bawah IMT-GT Implementation Blueprint (IB) tahun 2022 - 2026. Program
          IMT-GT yang telah dilaksanakan bagi Tahun 2023 adalah Welding Quality Control (Non-Physical training).




















          Program IMT-GT yang telah berjaya dijalankan di bawah WGHRD dalam tempoh 2018 hingga 2020 adalah
          merangkumi:

          1.   Computer Networking Technology untuk tempoh September 2018 hingga September 2019
          2.  IMT-GT  Vocational Training Centre Networking (VTC-NET)  untuk tempoh Februari 2017 hingga
              November 2018
          3.  Quality Management System for Automotive pada Februari 2020 - CIAST
          4.  TVET Training Methodology pada Februari 2020 - CIAST


          Objektif pelaksanaan Program Kerjasama Serantau (IMT-GT) - Welding Quality Control (Non Physical
          Training) ini adalah:







                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023  65
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72