Page 65 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 65
Sesi perbincangan semasa Bengkel Penambahbaikan Modul Induksi 2023
Sesi Taklimat Penceramah Kursus Induksi 2023 pada 28 Mac 2023
Pelaksanaan Kursus Induksi Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK)
Pada tahun 2023, CIAST telah mula melaksanakan Kursus Induksi Panel Penilai Pentauliahan Program
Kemahiran (PPPPK). Kursus ini dirangka bagi membangunkan personel pentauliahan ke arah Sistem
Jaminan Kualiti Tunggal TVET. Ia merupakan inisiatif yang dirancang susulan keputusan Mesyuarat
Jemaah Menteri bertarikh 30 Januari 2019 yang telah meluluskan pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti
Tunggal Pendidikan dan Latihan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training, TVET)
melibatkan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan JPK. Personel yang telah lulus kursus
induksi ini berpeluang dilantik sebagai Ahli Panel Penilai TVET (APP TVET) untuk tempoh tiga (3) tahun.
APP TVET merupakan seseorang yang pakar dalam disiplin atau bidang berdasarkan kepada kelayakan
akademik, kemahiran, pengiktirafan yang diterima atau pengalaman berkaitan yang berperanan
menjalankan pentauliahan program di bawah kelolaan MQA dan JPK.
Bagi tahun 2023 UKIP telah menganjurkan 2 siri Kursus Induksi PPPPK yang bertempat di Bilik Bijaksana,
CIAST. Rajah 12 di bawah menunjukkan butiran lanjut pelaksanaan kursus induksi PPPPK bagi tahun
2023.
Laporan Tahunan CIAST 2023 63