Page 62 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 62
KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN (PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL)
Unit Kursus Induksi Pentauliahan (UKIP) Program Kelayakan Kekompetenan (KK), CIAST
bertanggungjawab merancang dan mengurus pelaksanaan Kursus Induksi Pentauliahan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) merangkumi Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPD-PPB, Kursus
Induksi Pentauliahan PP-PPT dan Kursus Induksi Pentauliahan PPL. Di samping itu, UKIP juga terlibat
dalam pelaksanaan Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) SPKM.
Sepanjang tahun 2023 CIAST telah meluluskan sebanyak 60 penganjur berdaftar yang terdiri daripada
penganjur awam, swasta, pusat bertauliah dan pertubuhan/persatuan. Pelaksanaan kursus induksi
pentauliahan dilaksanakan bermula bulan Januari hingga November 2023. Pelaksanaan kursus-kursus
ini dijelaskan seperti maklumat yang dipaparkan di dalam Rajah 11 dan Jadual 15.
Rajah 11: Pecahan Penganjuran KIP 2023
Jadual 15: Penganjuran dan Bilangan Peserta KIP 2023
Jenis KIP Bilangan Penganjuran Bilangan Peserta
1. PP-PPD-PPB 117 3463
2. PP-PPT 35 1092
3. PPL 20 612
60 Laporan Tahunan CIAST 2023