Page 63 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 63

Pelaksanaan Sesi Penilaian Pembaharuan PPV 2023

          Sesi Penilaian Pembaharuan PPV telah dilaksanakan sejak tahun 2009 bertujuan meningkatkan
          profesionalisme dan kekompetenan personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).  Bermula
          2009, semua personel lantikan PPL-SLaPB, PPL-SLDN, PPL-PPT, PP-PPT yang ingin memperbaharui
          lantikan perlu mengikuti sesi penilaian ini dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat lantikan. Ia
          memberi peluang kepada personel SPKM yang dilantik menimba ilmu pengetahuan serta memahami
          maklumat terkini panduan pelaksanaan SPKM dengan berkesan.




















                           Peserta Sesi Penilaian PPV 2023 yang hadir secara bersemuka



          Sepanjang tahun 2023, seramai 957 orang personel telah ditawarkan sesi PPV. Dari jumlah ini, 734 orang
          personel PPV dari Zon Tengah, Selatan, Utara, Timur, Sabah dan Sarawak telah menduduki sesi penilaian
          pembaharuan PPV secara dalam talian dan bersemuka. Ringkasan pelaksanaan sesi PPV adalah seperti
          maklumat di Jadual 16.




                                     Jadual 16: Pelaksanaan Sesi PPV 2023

                                 Tawaran                     957 Orang
                                  Hadir                      734 Orang
                                  Lulus                   673 Orang (91.7%)

                                  Gagal                   61 Orang (8.3%)

          UKIP juga bergiat aktif dalam melaksanakan beberapa aktiviti yang bertujuan menambah baik serta
          mengemas kini kandungan induksi dengan merujuk kepada perubahan pada panduan dan peraturan-
          peraturan SPKM.







                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023  61
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68