Page 68 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 68

i.   Memahami kod dan piawaian kimpalan berkaitan yang digunakan untuk industri atau projek
                 khusus. Ini termasuk memahami keperluan dan garis panduan untuk kelayakan pengimpal,
                 prosedur kimpalan, kriteria pemeriksaan dan proses kawalan kualiti.
            ii.   Meminimumkan   kecacatan,  meningkatkan  integriti  struktur,  dan  meningkatkan
                 kebolehpercayaan dan keselamatan keseluruhan komponen atau struktur yang dikimpal.

            iii.   Melengkapkan  peserta  dengan  pengetahuan,  kemahiran,  dan  minda  yang  diperlukan  untuk
                 mengawal dan mengekalkan kualiti sambungan kimpalan dengan berkesan, yang membawa
                 kepada peningkatan keselamatan, kebolehpercayaan dan pematuhan piawaian industri.

            iv.   Memupuk pembangunan kemahiran, dan menggalakkan kecemerlangan dalam amalan
                 kimpalan dalam persekitaran pembelajaran yang selamat.







































          Program Third Country Training Programme (TCTP)

          Program Third Country Training Programme (TCTP) adalah program kerjasama di antara Kementerian
          Luar Negeri (KLN) dan Japan International Cooperation Agency (JICA). Pemilihan penawaran kepada
          insitusi latihan adalah berdasarkan keputusan pihak KLN dan JICA, bergantung kepada polisi dan
          kepercayaan yang diberikan kepada suatu institusi latihan.






          66  Laporan Tahunan CIAST 2023
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73