Page 70 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 70

Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP)

          CIAST telah memulakan program latihan antarabangsa bermula dengan  ASEAN Regional Training
          (ART) sejak dari tahun 1988. Melalui sokongan daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) dan organisasi
          antarabangsa, CIAST telah membuktikan penglibatan serius dalam melaksanakan dan mengukuhkan
          Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam kalangan negara-negara antarabangsa melalui
          beberapa program antarabangsa seperti Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), Third
          Country Training Programme (TCTP), Trilateral Technical Cooperation Programme (TTCP), Management
          of Training Support Institutions  (MTSI), ASEAN-Japan HRD Collaboration Programme dan beberapa
          program lain. Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) 2023 adalah program kolaborasi
          antara CIAST dan Kementerian Luar Negeri (KLN) di mana CIAST akan melaksanakan kursus-kursus
          antarabangsa bagi bidang yang telah ditawarkan manakala KLN bertindak sebagai pihak yang memberi
          peruntukan penuh bagi menjayakan program antarabangsa ini. Bagi tahun 2023, CIAST telah ditawarkan
          untuk melaksanakan  kursus  Multi-Camera  Production (MCP) for  Virtual  Studio  pada 18 hingga  28
          Oktober 2023 (11 hari) dengan peruntukan sebanyak RM180,000.00 kepada negara-negara yang menerima
          manfaat MTCP yang bakal melibatkan seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pengajar TVET dari
          pelbagai bidang. Mod pelaksanaan program bagi tahun 2023 adalah secara bersemuka selepas tahun
          terdahulu program telah dilaksanakan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.













































          68  Laporan Tahunan CIAST 2023
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75