Page 11 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 11

Lebih mengujakan pada tanggal 21 September 2023, CIAST telah menerima piala anugerah Malaysia’s
          Best Organization  for TVET Instructor  Skill Training  Award pada majlis  Malaysia Education & TVET
          Awards 2023 yang bertempat di Mandarin Hotel, Kuala Lumpur. Pada 11 Oktober 2023, CIAST juga telah
          menerima penganugerahan sebagai Talent Empowerment Award dalam kategori Government Training
          Provider yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

          CIAST secara rasminya telah mendapat pengiktirafan dengan pelancaran sebagai Pusat Kecemerlangan
          Pertandingan Kemahiran atau Centre of Excellence (CoE) Worldskills Malaysia oleh Timbalan Menteri
          Sumber Manusia pada 19 September 2023. Ini merupakan pengiktirafan kedua CIAST di samping
          dinobatkan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajar TVET - CoE TVET Instructor.

          CIAST juga menjadi pilihan lokasi lawatan kunjungan daripada tiga (3) buah agensi peringkat
          antarabangsa iaitu Japan International Cooperation Agency (JICA) pada 16 Januari 2023, Carl Duisberg
          Centren (CDC), Jerman pada 22 Jun 2023 dan International Cultural Communication Center Malaysia
          (ICCCM) pada 29 Mei 2023. Lawatan kunjungan ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama
          dua hala dan ruang peluang bagi mendalami lanskap latihan kemahiran TVET di negara.

          Alhamdulillah. Itu adalah antara momen-momen indah sepanjang tahun 2023 ini. Pelbagai program
          yang dirancang pada tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua Program,
          Bahagian di CIAST dan tidak lupa juga kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang
          sentiasa menyokong CIAST dalam segala urusan pentadbiran dan pengurusan institut ini.

          Tahniah dan terima kasih saya rakamkan kepada skuad sidang redaksi yang telah berjaya menerbitkan
          laporan komprehensif 2023 ini. Keberhasilan buku laporan ini adalah merupakan penunjuk pencapaian
          dalam menilai prestasi CIAST sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajar TVET atau Centre of Excellence
          (CoE) for TVET Instructor.

          Akhir kata, kukuhkan kebersamaan dalam meneruskan perjuangan dan menggapai lebih banyak
          kejayaan akan datang. Semoga CIAST terus maju mendepani apa jua cabaran bagi memastikan CIAST
          sentiasa gemilang dan terbilang.

          Ts. Hj. Mohd Manoj bin Jumidali



                                                     “The Art of Possibility is Do first,
                                                             then look at result!



                                                       The Art of Impossibility is to
                                                          be negative all the times


                                                     The Art of Success is to be a Game
                                                Changer that adopts the Art of Possibility”







                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023  9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16