Page 7 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 7

TUNTAS KATA
                              Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran



                                 “The whole secret of a successful life
                              is to find out what is one’s destiny to do,

                                            and then do it.”





                                Assalamualaikum Warahmatullahi-wabarakatuh dan Salam Kemahiran


                                  Nukilan Henry Ford ini sangat relevan dan bertepatan dengan hasrat warga
                                  Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan CIAST khususnya yang mana
                                   kita sebagai satu Jabatan telah menyahut cabaran yang lebih besar dengan
                                   perubahan landskap TVET serta hala tuju TVET yang lebih menyeluruh dan
                                    melangkah ke tahun 2023 dengan tema “Pembangunan Tenaga Pengajar
                                       TVET Berteraskan Negara MADANI.”

                                          Alhamdulillah tahun 2023, CIAST telah meraikan sambutan ulang
                                          tahun ke-40 dengan menganjurkan pelbagai kursus jangka
                                           panjang dan jangka pendek serta seminar yang bersasarkan
                                            kepada pengamal TVET negara. Bermula tahun 1984 sehingga
                                             2023, CIAST telah menghasilkan pencapaian keluaran seramai
                                              277, 974 orang peserta bagi kursus  National Instructor
                                               Training Program (NITP) dan kursus jangka pendek. Syabas
                                               diucapkan kepada warga kerja CIAST.


                                               Ingin saya  ingatkan di  sini bahawa  kejayaan sesebuah
                                               organisasi tidak akan dapat dicapai dengan mudah
                                              sekiranya nilai bersama atau shared values tidak dihayati
                                              oleh warganya. Ini kerana nilai-nilai tersebut adalah “jiwa”
                                            sesebuah organisasi dalam menjayakan visi serta misi
                                          Jabatan.

                                          CIAST sebagai peneraju pembangunan pengajar TVET
                                          negara, harus meletakkan prinsip MADANI sebagai asas
                                          rujukan berdasarkan enam (6) prinsip iaitu KEMAMPANAN,
                                          KESEJAHTERAAN, DAYA CIPTA, HORMAT, KEYAKINAN dan IHSAN.


                                           Dengan adanya enam (6) prinsip yang dinyatakan tadi, adalah
                                           diharapkan kerangka MADANI ini dapat dijadikan asas dalam
                                           membuat perancangan dan keputusan dasar, bagi menangani
                                           isu-isu baharu dan ketidakpastian, ke arah mewujudkan sebuah
                                           masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum.



                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023  5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12