Page 10 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 10
GARAPAN BICARA PENGARAH CIAST
Assalamualaikum Warahmatullahi-wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya jua, tahun 2023 sekali lagi menjadi tahun yang
cemerlang bagi CIAST. Penerbitan buku Laporan Tahun 2023 ini
menjadi indikasi kepada komitmen serta iltizam seluruh warga
kerja CIAST dalam menunaikan tekad dan janji untuk memberikan
perkhidmatan terbaik kepada semua pemegang taruh.
Sejajar dalam mengarusperdanakan latihan
Technical and Vocational Education and Training
(TVET), Kerajaan mengumumkan dalam Ucapan
Bajet 2023 kepada pemerkasaan TVET dengan
peruntukan sebanyak RM 6.7 bilion di bawah
tujuh kementerian utama yang melaksanakan
pelbagai inisiatif TVET negara.
Ini merupakan pemangkin yang lebih kukuh
oleh CIAST dalam memperkasakan tenaga
pengajar kemahiran Malaysia dengan
memperkayakan lagi latihan reskilling,
upskilling dan professional bersama agensi
TVET negara dengan bilangan peserta seramai
7,324 orang bagi tahun 2023.
Pada tahun 2023, CIAST telah memperolehi
pencapaian keluaran sebanyak 23,691 orang peserta
bagi kursus National Instructor Training Program
(NITP) dan kursus jangka pendek.
Beberapa lakaran kecemerlangan yang berjaya dapat
dicatatkan sepanjang tahun 2023 di antaranya adalah
merangkul tiga pingat emas dalam pertandingan
peringkat antarabangsa iaitu yang pertamanya
International Invention, Innovation & Technology
Exhibition (ITEX 2023), yang kedua Pertandingan
International Innovation and Invention Through
Exhibition (iCompEx) 2023 dan ketiga merupakan INOVASI
Competition 2023 - International Medical University (IMU).
Tahniah diucapkan kepada pengajar dan pegawai CIAST
yang terlibat dan bertungkus lumus dalam menghasilkan
projek inovasi serta menempa kemenangan ini.
8 Laporan Tahunan CIAST 2023