Page 16 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 16
LATAR BELAKANG CIAST
CIAST mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun di bawah
Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan
pengurusan Jepun menerusi Japan International Cooperation Agency (JICA) sehingga tahun 1991.
CIAST beroperasi sepenuhnya di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia
(KSM) bermula tahun 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), di kementerian yang sama pada Jun 2007. Perpindahan ini bersesuaian
dengan peranan CIAST yang semakin penting dalam pemerkasaan pengajar kemahiran seluruh negara.
CIAST menawarkan kursus latihan pengajar dan latihan kemahiran lanjutan untuk pengajar kemahiran,
penyelia dan coach di industri serta pekerja mahir dari sektor awam dan swasta dalam dan luar negara.
KAMPUS SATELIT CIAST
Kampus Satelit CIAST (CSC) telah ditubuhkan di seluruh negara semenjak tahun 2012 dan mula
beroperasi pada tahun 2014. Model pelaksanaan CSC ini melibatkan kerjasama dengan pihak kerajaan
dan swasta melalui perkongsian kemudahan, ruang dan infrastruktur kampus latihan.
Bermula tahun 2018, sebanyak 14 buah CSC beroperasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
dengan kapasiti latihan seramai 1,050 orang pengajar pelatih setahun.
14 Laporan Tahunan CIAST 2023