Page 127 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 127

Pertandingan iCompEx 23




























          Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta melalui Pameran (iCompEx) ialah Pertandingan & Pameran Projek
          Inovasi atau Penemuan Baru.
          Pertandingan ini menjadi platform untuk peserta mempromosikan hasil penyelidikan mereka kepada
          orang ramai. Ia juga merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan penyelidik dalam menghasilkan
          inovasi atau ciptaan asli. iCompEx terbuka kepada penyelidik dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada
          Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Vokasional (KV), Giat Mara, Institut
          Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Agensi Kerajaan, Agensi Swasta ,
          Sekolah, Individu dan lain-lain.

          iCompEx merupakan acara tahunan anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
          Jitra, Kedah, bermula dari tahun 2013. Penganjuran iCompEx mendapat kerjasama penuh daripada
          Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Kerajaan Negeri Kedah. Pada tahun
          2015, iCompEx berjaya menarik penyertaan paling ramai, yang kemudiannya diiktiraf oleh “Buku Rekod
          Malaysia untuk Menganjurkan Penyertaan Terbesar dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta.”










                                                                Bersama Juri Pertandingan
                                                             iCompEx 23, Politeknik Jitra Kedah












                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 125
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132