Page 126 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 126

Pertandingan ITEX 23

          International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2023 (ITEX 23) edisi ke-34 telah diadakan
          di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC melibatkan lebih 750 invention dari 19 buah negara yang
          mencakupi 57 % pempamer lokal dan 43% pempamer antarabangsa. Banyak negara yang menyertai
          ITEX 23 pada edisi kali ini seperti Australia, China, Bahrain, Bangladesh, Hong Kong, Ireland, Qatar, Arab
          Saudi, Taiwan, Korea, USA selain daripada negara Asia Tenggara.  Lebih 6000 orang pengunjung telah
          menghadiri exhibition tersebut yang diadakan selama 2 hari bermula 11 hingga 12 Mei 2023.

          Pasukan ITEX  23 CIAST berjaya memenangi  Pingat Emas bagi kategori  Technical  and Vocational
          Education Training (TVET) yang turut disertai oleh pelbagai pemain TVET dari ILKA dan ILKS dalam
          negara seperti ILJTM, ILKBS, MARA, Politeknik serta MTUN Universiti. Projek yang bertajuk Oil Sampling
          Device (OSD) telah disertai oleh Ts. Mohd Zaidy bin Mohammad Nasir, Ts. Irwan bin Mohd Amir, Hj. Badrul
          Khizam bin Salimon, Ts Suhana binti Naziran, Ts. Mohd Norazlinshah bin Mohd Salleh, Ts. Zuraini binti
          Ismail, Ts. Hazimin bin Mohd Nawawi, En. Baharil Ihzan bin Onn, En. Nor Azwan bin Abdul Shukor dan Pn.
          Noor Adlina binti Ibrahim. Pemenang dianugerahkan pingat emas dan sijil kecemerlangan.



























                      Peserta Sedang Membentangkan Projek Kepada Juri Pertandingan ITEX 23



















                        Pasukan ITEX 23 Selepas Diumum          Produk OSD bersama
                              Memenangi EMAS                   Pingat EMAS ITEX 2023


          124  Laporan Tahunan CIAST 2023
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131