Page 131 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 131
PENGIKTIRAFAN BERGANDA CIAST SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN
PENGAJAR TVET
CIAST terus bersinar dengan mencatatkan sejarah lakaran kecemerlangan bagi tahun 2023 apabila
menerima anugerah sebagai “Malaysia’s Best Organization for TVET Instructor Skills Training Award”
pada 21 September 2023 semasa majlis Malaysia Education & TVET Awards 2023 yang bertempat di
Mandarin Hotel, Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut, anugerah ini telah disampaikan oleh Yang
Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia kepada penerima, Ts. Hj.
Mohd Manoj bin Jumidali, Pengarah CIAST.
Anugerah Malaysia’s Best Organization for TVET Instructor Skills Training Award pada 21 September
2023 semasa majlis Malaysia Education & TVET Awards 2023
Keupayaan CIAST dalam melaksanakan program-program peningkatan kemahiran telah berjaya
memartabatkan CIAST dalam kalangan penyedia latihan kemahiran. Pada 11 Oktober 2023, CIAST
telah menerima anugerah buat kali kedua dengan memenangi tempat kedua dalam “Talent
Empowerment Award” bagi kategori Government Training Provider bersempena dengan International
Public Employment Forum (IPEF 2023) anjuran PERKESO yang diadakan di Kuala Lumpur Convention
Centre (KLCC). Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa kualiti latihan yang diberikan oleh Program
Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK), CIAST adalah antara yang terbaik dan relevan seiring dengan
perkembangan teknologi semasa.
Anugerah Tempat Kedua dalam Talent
Empowerment Award bagi kategori
Government Training Provider bersempena
International Public Employment Forum
(IPEF 2023)
Laporan Tahunan CIAST 2023 129