Page 125 - Sorotan Pencapaian CIAST 2023 (Website Version)
P. 125

Pasukan TIPS, CIAST telah berjaya merangkul pingat Emas dalam Pertandingan International Learning
          Resources Festival (ILRF23) yang bertemakan  AI Changes Education: Education Changes Human
          anjuran Learning Department, International Medical University (IMU) yang telah berlangsung pada 6
          hingga 9 November 2023 bertempat di IMU, Bukit Jalil. Pertandingan ini menyediakan platform untuk
          pengajar mengetengahkan idea dan inovasi dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP)
          dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing. Projek ini telah disertai oleh Ts. Yogeswaran a/l
          Seleappan, Ts.  Mohd Faqrul Radzi bin Tahiruddin, En Hairul Nizzat bin Bahrin, En. Ahmad Jefri bin Sabri
          dan  Ts.  Maznizam  bin  Mansor.  Projek  Pembangunan  Profil  Kompetensi  Pengajar  TVET  (TIPS)  telah
          mendapat lebih dari 10 pengiktirafan dalam pelbagai penyertaan pertandingan sama ada dalam dan luar
          negara.


























                               Penerangan projek kepada Juri Kedua Pertandingan

























                            Menerima Pingat Kemenangan Dari Urus Setia Pertandingan





                                                                         Laporan Tahunan CIAST 2023 123
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130