Page 8 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 8
Laporan Tahunan CIAST 2022
Selain itu juga, CIAST menjadi pilihan lokasi lawatan kunjungan daripada agensi peringkat
antarabangsa iaitu World Bank Malaysia pada 28 Mac 2022. Lawatan ini lebih mendalami
lanskap latihan kemahiran TVET di negara dan melihat ruang dan peluang kerjasama.
Pelbagai program yang dirancang pada tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil
kerjasama semua Program, Bahagian di CIAST dan tidak lupa juga kepada pihak Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) yang sentiasa menyokong CIAST dalam segala urusan
pentadbiran dan pengurusan institut ini.
Kejayaan CIAST membawa pulang dua pingat Emas dalam pertandingan inovasi ITEX 2022
dan I-Compex 2022, serta berjaya mengekalkan kejuaraan kali ketiga berturut-turut bagi
pertandingan University Robot Competition 2022 (UROCK) mencerminkan kewibawaan CIAST
terhadap daya cipta berteknologi tinggi. Alhamdulillah. Itu adalah antara momen-momen
indah sepanjang tahun 2022 ini.
Akhir kata, semoga CIAST terus bersatu hati untuk bergerak seiringan dalam semangat
berpasukan mendepani apa jua cabaran bagi memastikan CIAST sentiasa gemilang dan
terbilang.
Zuleah Binti Darsong
6