Page 10 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 10
Laporan Tahunan CIAST 2022
LATAR BELAKANG CIAST
CIAST mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan
Jepun di bawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-
pakar teknikal dan pengurusan Jepun menerusi Japan International Cooperation Agency (JICA)
sehingga tahun 1991.
CIAST beroperasi sepenuhnya di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian
Sumber Manusia (KSM) bermula tahun 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan
pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di kementerian yang
sama pada Jun 2007. Perpindahan ini bersesuaian dengan peranan CIAST yang semakin
penting dalam pemerkasaan pengajar kemahiran seluruh negara.
CIAST menawarkan kursus latihan pengajar dan latihan kemahiran lanjutan untuk pengajar
kemahiran, penyelia dan coach di industri serta pekerja mahir dari sektor awam dan swasta
dalam dan luar negara.
KAMPUS SATELIT CIAST
Kampus Satelit CIAST (CSC) telah ditubuhkan di seluruh negara semenjak 2012 dan mula
beroperasi pada tahun 2014. Model pelaksanaan CSC ini melibatkan kerjasama dengan
pihak kerajaan dan swasta melalui perkongsian kemudahan, ruang dan infrastruktur
kampus latihan.
Bermula tahun 2018, sebanyak 14 buah CSC beroperasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah
dan Sarawak dengan berkeupayaan melatih seramai 1,050 pengajar pelatih setahun.
Kedudukan Kampus Satelit CIAST seluruh Malaysia:
12 CSC-Kolej Pertanian Malaysia,
Bukit Tangga, Kedah
CSC-ILP Sandakan,
Sabah
Kelantan
CSC-ILP Kepala Batas, 11 CSC-ILP Kota Bharu, CSC-ADTEC Bintulu, Sarawak 14
Pulau Pinang 13
1 10 CSC-ILP Marang,
Terengganu
9 CSC-IKBN Kemasik,
Terengganu
8 CSC-ADTEC Jerantut,
CSC-ADTEC Pahang
Taiping, 2
Perak
CIAST 7 CSC-IPG KPT, Bandar
Enstek, Negeri Sembilan
Shah Alam
CSC-IKBN
Kuala Langat, 3
Selangor
CSC-ADTEC
Melaka, 4
Melaka
CSC-ILP 5
Selandar, 6
Melaka
CSC-ADTEC
Batu Pahat,
Johor
8