Page 7 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 7
Laporan Tahunan CIAST 2022
TINTA PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi-wabaratuh dan Salam Kemahiran
Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-NYA jua,
CIAST berjaya menempuh tahun 2022 dengan kecemerlangan serta melaksanakan amanah
yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh komited.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga CIAST yang telah berjaya
menerbitkan Buku Laporan Tahunan CIAST 2022. Keberhasilan buku laporan ini adalah
merupakan penunjuk pencapaian dalam menilai prestasi CIAST sebagai Pusat Kecemerlangan
Pengajar TVET atau Centre of Excellence (CoE) for TVET Instructor.
Sejajar dalam mengarusperdanakan latihan Technical and Vocational
Education and Training (TVET), Kerajaan menegaskan melalui
Ucapan Bajet 2023 untuk bergiat aktif dalam memperkasa
kerjasama awam-swasta dengan mempertingkatkan keupayaan
dan keberkesanan TVET secara kolaborasi strategik antara
semua pihak berkepentingan dengan TVET. Ini merupakan
pemangkin yang lebih kukuh oleh CIAST dalam memperkasakan
tenaga pengajar kemahiran Malaysia dengan memperkayakan
lagi latihan reskilling, upskilling dan professional bersama agensi
TVET negara dengan bilangan peserta 4,078 bagi tahun 2022.
Pada tahun 2022, CIAST telah memperoleh pencapaian
keluaran sebanyak 18,874 peserta bagi kursus National
Instructor Training Program (NITP) dan kursus jangka
pendek.
Lebih mengujakan pada tanggal 29 Jun 2022, CIAST
memperoleh keputusan pengauditan dan berjaya
mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa
melalui pengiktirafan Gold Level Accreditation. CIAST
merupakan institut pertama di bawah Kementerian
Sumber Manusia mendapat persijilan akreditasi di
peringkat antarabangsa khususnya pengiktirafan
antarabangsa Asia Pacific Accreditation and Certification
Commission (APACC).
CIAST juga amat berbesar hati menerima kunjungan
hormat daripada Tuan Yang Terutama Katsuhiko
Takahashi, Duta Jepun ke Malaysia. Lawatan kunjungan
ini mengukuhkan lagi hubungan kerjasama
bersempena sambutan memperingati Ulang Tahun
ke-40 Dasar Pandang ke Timur antara Malaysia dan
Jepun (40th Look East Policy).
5