Page 12 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 12
Laporan Tahunan CIAST 2022
PIAGAM PELANGGAN
Kami di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) telah diamanahkan untuk
mengeluarkan dan meningkatkan kemahiran tenaga pengajar terlatih yang diperlukan oleh
negara. Dengan itu:
• Kami berjanji akan mengarusperdanakan latihan kemahiran dengan menyedia dan
mengendalikan program latihan pengajar dan latihan kemahiran yang berkualiti
bersesuaian dengan keperluan institusi latihan kemahiran negara dan perkembangan
teknologi semasa;
• Kami berjanji untuk mengiklankan dan menyebarkan maklumat peluang latihan yang
dijalankan kepada masyarakat umum. Permohonan kursus adalah terbuka sepanjang
tahun. Tawaran kursus kepada mereka yang berjaya akan dikeluarkan selewat-
lewatnya satu bulan sebelum kursus bermula;
• Kami berjanji untuk membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi
memantapkan penyampaian latihan di pusat bertauliah awam dan swasta mengikut
keperluan sektor industri negara;
• Kami berjanji untuk mentauliah tenaga pengajar yang berkompeten dan berkelayakan
mengikut standard pekerjaan kemahiran kebangsaaan; dan
• Kami berjanji untuk menyediakan prasarana pembelajaran, kelengkapan latihan,
infrastruktur ICT yang lengkap dan persekitaran yang kondusif bagi memenuhi kepuasan
pelanggan.
DASAR KUALITI JABATAN
CIAST adalah komited untuk menyedia dan melaksanakan perkhidmatan latihan yang
berkualiti selaras dengan kehendak pelanggan khususnya dan keperluan negara amnya
serta akan sentiasa memperbaiki keberkesanan perkhidmatannya. CIAST juga menggalakkan
penglibatan kesemua kakitangan dalam mengamalkan peningkatan kualiti kerja secara
berterusan.
10