Page 141 - LAPORAN TAHUNAN 2022 - CIAST
P. 141
Laporan Tahunan CIAST 2022
Program Hari Bertemu Pelanggan
Program Hari Bertemu Pelanggan CIAST telah dilaksanakan oleh CIAST setiap tahun.
Program ini adalah bertujuan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan yang
disediakan oleh CIAST kepada kumpulan sasar. Maklumbalas tersebut merupakan salah
satu cara mendapatkan cadangan daripada semua pihak berkaitan dengan penyediaan
perkhidmatan dalam membentuk langkah-langkah penambahbaikan serta meningkatkan
mutu perkhidmatan sedia ada.
Konsep bertemu pelanggan adalah melalui sesi interaksi bersama kumpulan sasar
mendapatkan khidmat nasihat sama ada melalui secara bersemuka dengan kehadiran
pelanggan terus ke CIAST atau melalui sistem aduan yang dilaksanakan melalui talian (online).
Kaedah pelaksanaan dalam talian atau secara online dapat memberikan peluang kepada
pelanggan yang tidak dapat hadir ke CIAST semasa Hari Bertemu Pelanggan diadakan. Bagi
tahun 2022, program hari bertemu pelanggan telah diadakan sebanyak dua (2) kali dan butiran
pelaksanaan adalah seperti di jadual berikut:
Jadual 47: Senarai program hari bertemu pelanggan bagi tahun 2022
Bil. Program Tarikh Mod Pelaksanaan
1 Hari Bertemu Pelanggan 11 Mei Bersemuka dan Dalam Talian
CIAST Bil. 1
2 Hari Bertemu Pelanggan 25 Nov Dalam Talian
CIAST Bil. 2
Hari Bertemu Pelanggan CIAST
Bil.1/2022
Hari Bertemu Pelanggan CIAST
Bil.2/2022
139